Berita Harian

Wajibkan perjanjian pihak terbabit dropship

-

Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang mewajibkan pelaksanaa­n perjanjian antara pembekal, ejen dropship dan pembeli bagi setiap urus niaga atas talian bagi menjaga kepentinga­n pengguna.

Langkah itu juga boleh membendung kejadian penipuan dalam urus niaga atas talian khususnya bagi barang yang ‘bayar dahulu, tiba kemudian’.

Pihak ambil kesempatan

Tanpa perjanjian rasmi dan sah di sisi undang-undang, ada pihak yang berani mengambil kesempatan atau lepas tangan selepas memperdaya orang ramai selepas membuat kutipan wang.

Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecur­ity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata, perniagaan atas talian di luar negara sudah mengambil pendekatan dengan wang pembelian disimpan dahulu oleh pihak ketiga yang diamanahka­n sehingga pembeli menerima barang dipesan dan puas hati.

“Dari segi keselamata­n pula setiap ejen dan pembekal perlu dipastikan ada maklumat pendaftara­n perniagaan, alamat dan jaminan produk sampai.

Modus operandi sindiket hampir sama

“Tanpa prosedur dan tatacara yang betul, ruang dan peluang sindiket akan terus berlaku menggunaka­n modus operandi hampir sama seperti menawarkan tempahan secara pukal dan komisen yang menarik,” katanya kepada BH.

BH sebelum ini melaporkan lebih 40,000 pembeli berputih mata, apabila bayaran yang dibuat untuk pembelian telefon pintar pada harga rendah, kononnya kerana pembelian secara pratempaha­n, dilarikan pembekal gajet itu.

Dalam pada itu, jelas Amirudin, perlu wujud sistem berkompute­r yang menyenarai­kan ejen dropship dan pembekal yang sah berdaftar bagi memudahkan pengguna menyemak identiti mereka sebelum urus niaga atas talian dilakukan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, 7 November lalu. Escrow,
Keratan akhbar BH, 7 November lalu. Escrow,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia