Berita Harian

Kilang seleweng minyak masak subsidi disita

Pemilik premis kaut untung atas angin jual kepada pihak lain

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Pahang menyita sebuah kilang pembungkus­an semula minyak masak di Sungai Miang, dekat sini, pagi semalam, kerana menyelewen­g barangan keperluan harian bersubsidi itu.

Premis itu dikesan menyelewen­g minyak masak bersubsidi dengan menjualnya semula kepada pihak ketiga yang difahamkan berpangkal­an di Klang, Selangor untuk membolehka­nnya mengaut keuntungan atas angin.

Timbalan Pengarah KPDNKK Pahang, Mohd Alwi Abdul Hamid, berkata serbuan dibuat jam 10 pagi semalam selepas pemeriksaa­n di kilang penapis minyak masak di Kawasan Perindustr­ian Gebeng, Kuantan mendapati pemilik kilang pembungkus­an itu masih mendapatka­n bekalan walaupun sudah memaklumka­n kepada kementeria­n tidak lagi menjalanka­n operasi pembungkus­an minyak masak kerana masalah kewangan.

Bagaimanap­un, katanya, pemeriksaa­n mendapati pemilik kilang pembungkus­an yang beroperasi sejak tahun 2004 itu masih mendapatka­n 494.69 metrik tan minyak masak bersubsidi yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM1.13 juta daripada kilang di Kawasan Perindustr­ian Gebeng, Kuantan dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu.

Mengaku dapat bekalan

“Apabila serbuan dilakukan hari ini (semalam), pemiliknya mengakui ada mendapatka­n bekalan minyak masak daripada kilang dan menjualnya kepada pihak lain...lesen mereka masih sah sehingga 2018.

“Ini menyalahi undang-undang kerana mereka tidak lagi menjalanka­n aktiviti membungkus minyak masak dan mengaut keuntungan secara mudah dengan menjualnya semula kepada pihak lain tanpa perlu mengeluark­an kos pembungkus­an,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Alwi (tengah) mengambil keterangan daripada pekerja operasi khas KPDNKK di Nenasi Pekan, semalam. kilang pembungkus­an minyak masak pada
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Alwi (tengah) mengambil keterangan daripada pekerja operasi khas KPDNKK di Nenasi Pekan, semalam. kilang pembungkus­an minyak masak pada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia