Berita Harian

Ibu hamil tak perlu risau suntikan heparin

Pihak tertentu diminta tak sebar maklumat salah kerana suntikan untuk kebaikan

-

Mohd Azrone Sarabatin

Sindrom takut dengan jarum suntikan menyebabka­n ramai ibu hamil atau bakal ibu bimbang dengan prosedur baharu perubatan yang memerlukan mereka mendapatka­n suntikan heparin.

Perasaan takut semakin bertambah apabila terdapat viral di media sosial khususnya Facebook, yang menyatakan kononnya mereka perlu menghabisk­an 15 jarum suntikan bagi mengelak darah beku.

Jurucakap Kementeria­n Kesihatan ketika dihubungi berkata, suntikan dikenali heparin itu dibuat membabitka­n ibu yang bersalin secara pembedahan untuk mengelakka­n darah beku dalam manamana urat atau saluran darah.

Katanya, golongan terbabit tidak perlu bimbang kerana kaedah penyuntika­n itu tidak sakit, sebaliknya sama seperti suntikan insulin yang tidak sampai ke bahagian otot.

“Prosedur terbaru ini perlu dibuat kerana ada kes darah beku berpunca daripada ibu yang tidak banyak bergerak selepas bersalin. Pihak hospital akan membekalka­n jarum suntikan dan ubat.

“Bagaimanap­un, jika takut menyuntik sendiri, ibu berkenaan boleh pergi hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatka­n suntikan sehingga prosedur ini berakhir. Langkah pencegahan ini sangat penting untuk kumpulan berisiko tinggi,” katanya.

Maklumat salah disebar

Suntikan berkenaan diperkenal­kan sejak tahun lalu.

Sehubungan itu, pihak tertentu diminta tidak menyebarka­n maklumat salah berhubung suntikan berkenaan kerana ia dilakukan untuk kebaikan golongan ibu dan tidak menyalahi prosedur perubatan antarabang­sa.

Jurucakap itu berkata, mereka yang wajib mengambil suntikan berkenaan adalah golongan yang mempunyai sejarah keluarga dengan darah beku, menghidap barah atau baru menjalani rawatan barah, dan baru menjalani pembedahan atau mendapat kecederaan dalam tempoh tiga bulan.

“Seterusnya, ia turut membabitka­n golongan ibu yang mempunyai masalah kegemukan dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia