Berita Harian

Pembalakan Bukit Perangin diarah henti serta-merta

Jabatan Perhutanan siasat pencemaran sumber air penduduk Kampung Paya Terap

- Oleh Suzalina Halid

Projek pembalakan dalam Hutan Simpan Bukit Perangin dekat Padang Terap, yang didakwa menyebabka­n pencemaran bekalan air tandak penduduk Kampung Paya Terap yang terletak berdekatan, diarah dihentikan serta-merta semalam.

Arahan pemberhent­ian sementara itu dikeluarka­n Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bagi tujuan kajian dan penilaian semula terhadap operasi syarikat konsesi pembalakan terbabit, sama ada melanggar syarat lesen diberi termasuk menceroboh zon penampan.

Pemangku Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Abdul Rahman Abdul Jalil, berkata menjadi kewajipan setiap aktiviti pembalakan membabitka­n sungai, untuk mewujudkan zon penampan bagi mengelak operasi menyebabka­n pencemaran terhadap sumber air.

Denda pelesen

“Kami sudah arahkan supaya kerja pembalakan di situ dihentikan sementara, untuk kami buat semakan semula sama ada ia memang memberi kesan kepada air.

“Jika berlaku pelanggara­n syarat lesen, kami boleh hentikan aktiviti terbabit, selain mengenakan denda kepada pelesen,” katanya kepada BH semalam.

Beliau mengulas pendedahan BH mengenai pembalakan sekitar puncak Hutan Simpan Bukit Perangin sejak tiga bulan lalu, yang didakwa penduduk menyebabka­n pencemaran sumber bekalan air tandak yang dinikmati kira-kira 200 penduduk Kampung Paya Terap.

Pencemaran dipercayai berlaku berikutan hutan terbabit menjadi kawasan tadahan sumber air kepada kolam tandakan yang dibina penduduk sejak 40 tahun lalu.

Kawasan tandakan air terbabit dibina penduduk kampung secara bergotong-royong dengan peruntukan bekalan paip daripada Jabatan Kesihatan Daerah Padang Terap.

Tandakan air bukit bukan sesuatu yang asing kepada penduduk luar bandar di Kedah kerana projek seumpama itu banyak dibina sekitar tahun 1980-an, yang dilaksanak­an secara gotong-royong oleh penduduk dengan sokongan agensi kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan bagi menyalurka­n bekalan air bersih.

SADA bekal air bersih

Ketika ini, penduduk kampung terbabit menerima air bersih bagi tujuan memasak dan minuman daripada Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang menghantar bekalan menggunaka­n lori setiap dua hari kepada semua rumah penduduk di situ.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? daripada sampah dan lumpur akibat operasi pembalakan di Hutan Simpan Bukit Perangin (gambar kanan) setiap kali
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] daripada sampah dan lumpur akibat operasi pembalakan di Hutan Simpan Bukit Perangin (gambar kanan) setiap kali
 ??  ?? Penduduk, Romli Mat Zain mencuci penapis takungan hujan di Padang Terap.
Penduduk, Romli Mat Zain mencuci penapis takungan hujan di Padang Terap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia