Berita Harian

Penduduk lega notis bantu pulih bekalan air

-

Padang Terap: Arahan pemberhent­ian sementara aktiviti pembalakan dalam Hutan Simpan Bukit Perangin di sini, dihargai oleh penduduk Kampung Paya Terap yang terpaksa berdepan pencemaran bekalan air sejak lebih tiga bulan lalu.

Namun, kebanyakan mereka berharap, arahan yang dikeluarka­n Jabatan Perhutanan Negeri Kedah itu bukan bersifat sementara, kerana masing-masing tidak mahu lagi menerima kesan pencemaran akibat kegiatan pembalakan berkenaan.

Penduduk, Faridah Ibrahim, 49, percaya pemberhent­ian terus aktiviti pembalakan di situ, bukan setakat membantu memastikan keselamata­n bekalan air tandak yang digunakan kira-kira 200 penduduk kampung, malah berupaya memulihara sumber alam semula jadi.

“Ketika ini, tiada lagi lori keluar masuk Hutan Simpan Bukit Perangin untuk mengangkut balak yang ditebang di situ. Kami berterima kasih kerana mereka sudah diarah menghentik­an kegiatan pembalakan di situ.

Hentikan terus pembalakan

“Alhamdulil­lah masalah penduduk kampung ini akhir didengar oleh pihak berkuasa. Kami harap arahan pembalakan ini dihentikan terus untuk memulihara sumber alam semula jadi. Sayang jika ia dimusnahka­n,” katanya kepada BH.

Penduduk, Shahirul Azril Mat Shohor, 30, berkata susulan kerja pembalakan itu dihentikan, kebersihan bekalan air tandak yang disalurkan dari kolam tadahan di puncak Bukit Perangin terbabit nampaknya semakin baik.

Katanya, walaupun tidak sejernih dulu, bekalan air yang diterima penduduk ketika ini mampu digunakan bagi tujuan mandi dan membasuh pakaian.

“Hari ini (semalam) sudah tak nampak lori keluar masuk ke bukit itu dan bekalan air pun semakin baik, kami berharap keadaan ini berterusan.

“Penduduk melihat ada wakil Jabatan Perhutanan negeri naik ke bukit meninjau keadaan. Kami amat menghargai semua usahapelba­gai pihak menangani masalah demi penduduk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia