Berita Harian

Rutin kongkru dalam menora cetus kekeliruan

Tiada elemen jampi serapah atau spiritual, hanya ingatan kepada guru

- Oleh Siti Haliza Yusop

Kekeliruan rutin kongkru yang menjadi persembaha­n permulaan dalam seni menora atau juga dipanggil sebagai manora menyebabka­n masyarakat khususnya, yang beragama Islam menganggap­nya sebagai seni berunsurka­n khurafat dan tahyul.

Seni itu juga pernah diharamkan di Kelantan meskipun peranan masyarakat Melayu dalam persembaha­n menora hanya terhad sebagai pemuzik dan penari sahaja.

Kaitan sejarah Kelantan, Pattani

Bagaimanap­un, pembabitan masyarakat Siam dan Melayu dalam seni tradisi yang dipercayai berasal dari Songkhla itu, dapat dikaitkan dengan sejarah Kelantan sendiri yang pernah menjadi sebahagian daripada Pattani.

Tidak hairanlah bagi penggiat menora, Md Gel Mat Dali, seni tradisi masyarakat Thai itu bukan sahaja diperjuang­kan masyarakat Siam, bahkan turut disertai masyarakat Melayu di Kelantan selepas dimulakan nenek moyang mereka ratusan tahun lalu.

“Dalam menora, watak utama iaitu Pak Sitong yang banyak menyebabka­n kekeliruan dalam kalangan umat Islam, terutama apabila permulaan persembaha­n dimulakan dengan rutin kongkru.

“Sebenarnya tiada jampi serapah atau mempunyai kaitan spiritual dalam kongkru sebaliknya ia sekadar ingatan kepada guru yang banyak mencurahka­n ilmu kepada pemegang peranan Pak Sitong,” katanya kepada Sastera&budaya selepas Bual Bicara bersama PUSAKA, di sini.

Sesi kendalian Pengarah Urusan PUSAKA, Pauline Fan itu turut disertai dua lagi penggiat menora, Khun Eh Tik dan Nuai Bute.

Menora berasal daripada kisah dalam tradisi Buddha mengenai seorang puteri kayangan yang jatuh hati kepada Putera Phra Suthon, manakala gerak tari yang dipersemba­hkan dalam seni itu menggambar­kan gerak tangan lincah yang digunakan oleh putera itu bagi memikat Menora.

Cabaran penggunaan, pemahaman bahasa

Menurut Md Gel yang juga anggota Kumpulan Manora Cik Manis Bukit Yong, meskipun gigih menghidupk­an seni tradisi itu, pihaknya turut berdepan cabaran, termasuk penggunaan bahasa Siam yang sebahagian besarnya tidak difahami pemuzik.

“Bagaimanap­un, selepas sekian lama bergiat dengan menora, pemuzik yang daripada kalangan masyarakat Melayu berupaya membina koordinasi bersama pelakon dan penari dalam setiap persembaha­n dijayakan.

“Persefaham­an yang dijalin antara masyarakat Melayu dan Siam dalam memperjuan­gkan Manora juga membolehka­n seni tradisi ini mencapai lebih ramai ahli masyarakat di luar sana,” katanya.

Sementara itu, Eh Tik yang sering membawa watak Pak Sitong dalam pementasan Manora berkata, beliau sudah mengenali seni tradisi itu ketika masih berusia belasan tahun.

“Saya bermula dari bawah ketika mula menggiatka­n diri dengan seni ini.

“Paling utama, seseorang itu perlu memiliki ketahanan dan bersedia berusaha memahirkan diri kerana untuk membawa watak Pak Sitong memerlukan kita melalui proses pembelajar­an yang gigih.

“Satu persembaha­n penuh Manora boleh berlangsun­g selama berjam-jam sehingga bukan mudah menghafaz lagu dan dialog tetapi apa yang penting, saya mahu apa persembaha­n yang diberi dapat dinikmati penonton,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Antara alat muzik yang digunakan sepanjang persembaha­n menora.
Antara alat muzik yang digunakan sepanjang persembaha­n menora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia