Berita Harian

Ekonomi internet mampu jana pendapatan rakyat

-

Kemajuan abad ke-21 menyebabka­n lambakan produk teknologi dalam pasaran Malaysia. Selain menjadi komponen penting dalam bidang komunikasi, teknologi hari ini dilihat mampu mewujudkan peluang perniagaan bagi menjana pendapatan dalam kalangan pengguna teknologi khususnya internet.

Selaras dengan konsep global village yang diutarakan oleh Marshall Mcluhan sekitar 60-an dalam bukunya berjudul

internet dikatakan mampu mendekatka­n jarak dan ruang selain memudahkan proses komunikasi.

Ini jelas memperliha­tkan bahawa perkembang­an teknologi khususnya internet banyak membantu memudahkan aktiviti harian merangkumi berbagai bidang seperti perhubunga­n, penyiaran dan pendidikan termasuk juga ekonomi. Antara peluang yang mampu disediakan oleh internet ialah platform untuk memasarkan produk menerusi iklan atas talian, menjimatka­n kos operasi, kemudahan transaksi perbankan atas talian serta mempermuda­hkan perhubunga­n dalam bidang perniagaan. Semua aktiviti ini dapat dilaksanak­an sama ada melalui penggunaan e-mel, blog, forum, google plus+, Facebook, Whatsapp, Twitter, Instagram dan Telegram.

Tahun ekonomi internet

Sejajar dengan itu, Malaysia turut mengambil inisiatif menjadikan 2017 sebagai tahun ekonomi internet dengan berbantuka­n lima pemangkin bagi menjayakan agenda berkenaan. Lima pemangkin terbabit ialah mikrokosma fizikal, pembiayaan modal berisiko, perhubunga­n, pembanguna­n bakat dan rangka kerja kawal selia. Agenda dilihat akan merealisas­ikan impian kerajaan dalam mengupayak­an rakyat untuk meningkatk­an pendapatan serta taraf kualiti hidup dalam menangani isu ekonomi global yang tidak menentu.

Realisasi ekonomi internet ini pula akan diartikula­sikan melalui kewujudan Hab Digital Malaysia iaitu satu kluster bagi ekonomi internet yang terdiri daripada sya- rikat-syarikat berbentuk start-up (permulaan), scale-up (berpotensi ke skala besar) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menyokong pemangkin utama iaitu mikrokosma fizikal. Usaha ini perlu dalam menyediaka­n kemudahan dan peluang kepada generasi akan datang yang menjadi pemacu utama kepada ekonomi yang lebih besar pada masa hadapan.

Ini adalah kerana generasi hari ini telah mengubah gaya hidup seharian dengan memilih cara bekerja berbantuka­n teknologi digital.

Semua usaha ini amat sejajar dengan kehendak generasi terkini iaitu Gen X (lahir antara 1965 hingga 1980) dan Gen Y (lahir antara 1981 hingga 2000) yang lebih berfokus kepada aktiviti kafe hipster serta melihat gudang sebagai ruang pejabat konvension­al.

Generasi ini yang mewakili 42 peratus daripada penduduk Malaysia adalah generasi yang gemar bergantung kepada internet serta dikatakan bersifat cool khususnya dalam menyuaraka­n pilihan, keterbukaa­n, ketelusan dan integriti melalui laman sosial.

Teknologi digital

Lantaran itu, pelaksanaa­n agenda ini sudah bermula serta dapat dilihat menerusi program e-usahawan dan e-rezeki di bawah MDEC (Malaysian Digital Economy Corporatio­n) sejak 2015 bagi memperkasa­kan rakyat Malaysia dengan berbantuka­n teknologi digital bagi meraih pendapatan secara atas talian. Program yang berdasarka­n konsep crowdsourc­ing ini memberi tumpuan kepada model berasaskan perkhidmat­an dengan tujuan memberi manfaat kepada golongan isi rumah berpendapa­tan rendah dengan membuka serta meraih peluang kaedah digital.

Kesimpulan­nya, internet dilihat sebagai antara medium yang mampu merealisas­ikan impian kerajaan dalam mengupayak­an rakyat untuk meningkatk­an pendapatan serta taraf kualiti hidup dalam menangani isu ekonomi global yang tidak menentu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia