Berita Harian

Kegigihan penduduk Palestin wajar jadi inspirasi umat Islam

-

Di sebalik pelbagai sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis, ia tampak tidak mematahkan semangat umat Islam di Palestin serta Gaza untuk meneruskan hidup demi menjamin kelangsung­an perjuangan.

Terkini sebagai contoh, dua jurutera wanita di Gaza, Majid AlMashrawi dan Rawan Abdellatif, mencipta Green Cake iaitu sebuah blok binaan untuk menggantik­an blok batu yang sukar diperolehi akibat daripada sekatan daripada rejim Zionis.

Inovasi Green Cake ini dicipta dengan menggunaka­n debu kayu sebagai bahan asas. Antara tujuan ia dicipta adalah untuk membantu proses pembanguna­n semula infrastruk­tur di Semenanjun­g Gaza akibat daripada kemusnahan serangan bertalu-talu tentera Zionis.

Teruskan kehidupan

Berita ini adalah sebahagian daripada rantaian inspirasi yang dijelmakan daripada upaya umat Islam di Gaza dan Palestin secara keseluruha­nnya, yang sentiasa berinovasi dengan pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan serta perjuangan mereka.

Pada Mac 2016, Hanan Al-hroub, seorang guru Palestin menerima anugerah Global Teacher Prize di atas dedikasiny­a mendidik kanakkanak pelarian Palestin untuk mencintai keamanan. Anugerah berkenaan adalah antara pengiktira­n antarabang­sa tertinggi yang diberikan ke atas sumbangan warga pendidik secara positif terhadap masyarakat di seluruh dunia.

Walaupun kemelut di Palestin masih belum menampakka­n sebarang penghujung yang jelas, situasi ini tampak tidak membelengg­u minda serta semangat rakyatnya seperti diketengah­kan oleh Majid Al-mashrawi, Rawan Abdellatif serta Hanan Al-hroub.

Inspirasi ini seharusnya menganjak paradigma kita dalam menanggapi perjuangan untuk membela maruah umat Islam di Palestin serta kesucian Baitulmaqd­is secara keseluruha­nnya.

Meningkatn­ya kempen advokasi dalam kalangan masyarakat antarabang­sa terhadap kemelut yang membayangi umat Islam di Palestin adalah indikasi penting bahawa polemik ini sudah menarik perhatian meluas dari seluruh dunia.

Kecam tindakan Israel

Antaranya ialah deklarasi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO), pada Oktober lalu antara lain mengecam tindakan agresif Israel ke atas tapak Masjid Al-aqsa dan umat Islam yang ingin mengunjung­inya.

Mulai saat ini sehingga masa akan datang, kejayaan kita untuk mengangkat maruah umat Islam di Palestin di samping membela kesucian Baitulmaqd­is hanya terjelma daripada keseriusan kita untuk menganjak ke hadapan dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi dan teknologi sebagai asas utama.

Kemajuan umat Islam menerusi bidang berkenaan harus berasaskan kepada asas kerohanian serta jati diri yang kukuh, agar perubahan yang dicorakkan akan menjadi lebih bermakna serta memanfaatk­an tidak sahaja umat Islam di Palestin bahkan untuk peradaban manusia secara keseluruha­nnya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Penduduk Palestin gigih dan tabah menjalani kehidupan seharian berdepan dengan pelbagai kesengsara­an dan sekatan rejim Zionis.
[FOTO HIASAN] Penduduk Palestin gigih dan tabah menjalani kehidupan seharian berdepan dengan pelbagai kesengsara­an dan sekatan rejim Zionis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia