Berita Harian

Oregon jadi pusat rusuhan

Trump beri reaksi berang berikutan bantahan di seluruh negara

- SUSULAN PEMILIHAN PRESIDEN AS

Presiden dipilih, Donald Trump meluahkan rasa kesal di media sosial selepas penunjuk perasaan di negeri merah dan biru membanjiri jalanan menyertai satu lagi pusingan bantahan, berang dengan kemenangan Republikan yang tidak dijangka.

Demonstras­i tercetus dari Portland, Oregon, Chicago hingga ke New York, masing-masing menarik ribuan penunjuk perasaan berhimpun di beberapa lokasi protes sebaik Trump memenangi pilihan raya Selasa lalu.

Lewat malam kelmarin, Trump menerusi tweet kepada penunjuk perasaan: “Baharu saja melalui pilihan raya presiden yang sangat terbuka dan berjaya. Kini penunjuk perasaan profesiona­l, dihasut media, membantah. Sangat tidak adil!”

Di Portland, malam kelmarin, kira-kira 4,000 penduduk berarak di seluruh bandar sambil melaungkan “kami menolak presiden dipilih!” sebelum bantahan bertukar ganas menyaksika­n orang awam memecahkan tingkap kedai dan membakar mercun.

Tutup lebuh raya di Denver

Di Denver, Colorado, penunjuk perasaan berjaya menutup lebuh raya Interstate 25 berhampira­n pusat bandar itu seketika. Ia dibuka semula kira-kira setengah jam kemudian.

Ribuan penunjuk perasaan turut memprotes di luar Trump Tower di Chicago sementara satu kumpulan lagi yang semakin besar jumlahnya terbabit dalam pergaduhan dengan polis di Oakland, California.

Datuk Bandar Los Angeles yang juga anggota Demokrat, Eric Garcetti, mengutuk apa yang disifatkan sebagai “kumpulan kecil” cuba mencetus masalah dalam demonstras­i namun berbangga dengan ribuan lain membantah secara aman.

Seperti dijangka, demonstras­i berkenaan mendorong perang media sosial di kalangan penyokong Trump yang menuduh penunjuk perasaan sebagai kelompok yang tidak berpuas hati.

Serang pelajar wanita Islam

Penyokong Trump berkata, penunjuk perasaan tidak menghormat­i proses demokrasi. Sehingga semalam, calon Demokrat Hillary Clinton mendahului Trump menerusi undian popular seluruh negara dengan 47.7 peratus berbanding 47.5 peratus, bagaimanap­un Trump memastikan kemenangan menerusi daftar pemilih.

Sementara itu, polis menyiasat serangan ke atas pelajar wanita Islam, dengan satu daripadany­a disifatkan sebagai jenayah kebencian di dua universiti di California, kelmarin.

 ??  ?? Penunjuk perasaan membakar mercun semasa protes terhadap pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat di Portland, Oregon, malam kelmarin.
Penunjuk perasaan membakar mercun semasa protes terhadap pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat di Portland, Oregon, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia