Berita Harian

Obama, Trump ketepi perbezaan

-

Barack Obama dan Donald Trump mengetepik­an perbezaan pendapat sepanjang pertemuan 90 minit di Rumah Putih kelmarin, bertujuan meredakan kebimbanga­n keadaan “kesihatan” negara demokrasi terunggul dunia itu.

Ketika protes terhadap kemenangan mengejut jutawan hartanah Republikan makin merebak di bandar utama di Amerika Syarikat (AS), manakala ibu kota dunia menjadi tidak menentu, Obama dan Trump berikrar untuk memastikan satu peralihan kuasa yang lancar.

Selepas melalui siri kempen melelahkan, bagi hartawan dan bintang realiti TV berusia 70 tahun itu, demokrasi perlu diteruskan seperti biasa walaupun tidak pernah memegang sebarang jawatan awam dan beroleh kuasa menerusi landasan populis.

Perbualan yang baik

Presiden Demokrat yang bakal berakhir kepimpinan­nya, Obama menyifatka­n pertemuan dengan bakal penggantin­ya di Pejabat Oval sebagai perbualan yang sangat baik.

“Adalah penting bagi kita semua, tanpa mengira parti dan tanpa mengira kecenderun­gan politik, untuk bersama-sama, bekerjasam­a dan berdepan pelbagai cabaran sedang kita hadapi,” kata Obama.

Trump lebih berhati-hati

Trump pula tampil lebih sopan berbanding biasa, lebih berhati-hati serta sering memuji Obama dalam ucapan beliau.

“Tuan Presiden, adalah satu penghormat­an besar untuk saya berada di sini bersama anda,” kata Trump, sambil menyifatka­n Obama sebagai seorang lelaki yang sangat baik.

Ketika suami mereka beramah mesra, Wanita Pertama, Michelle Obama juga sempat meluangkan masa di Rumah Putih bersama bakal penggantin­ya, Melania Trump.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Obama berjabat tangan dengan Donald Trump pada akhir mesyuarat mereka di Rumah Putih di Washington dan membincang­kan usaha ke arah peralihan kuasa yang lancar.
[ FOTO EPA ] Obama berjabat tangan dengan Donald Trump pada akhir mesyuarat mereka di Rumah Putih di Washington dan membincang­kan usaha ke arah peralihan kuasa yang lancar.
 ??  ?? Melania Trump bertemu dengan Michelle Obama di Rumah Putih.
Melania Trump bertemu dengan Michelle Obama di Rumah Putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia