Berita Harian

Pemain Wales beri amaran pada Serbia

-

Jonathan Williams memberi amaran kepada Serbia yang Wales kali ini berbeza berbanding pasukan yang mereka malukan empat tahun lalu.

Williams hanya memerhati dari bangku simpanan sewaktu Serbia melanyak Wales 6-1 di Novi Sad pada September 2012 dengan Chris Coleman baharu saja mengambil alih pasukan itu.

Setahun kemudian, Serbia sekali lagi mencatat kemenangan 3-0 dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 di Cardiff.

Kedua-dua pasukan bakal bertembung sekali lagi awal pagi esok dalam usaha merebut tiket ke Piala Dunia 2018, tetapi banyak yang sudah berubah dengan Wales masih segar dengan kejayaan mara ke pentas separuh akhir Euro 2016.

“Kekalahan 6-1 sudah lama dilupai. Kami kali ini hadir dengan semangat berpasukan yang tinggi,” kata Williams. "Kami tidak pernah bercakap lagi mengenai perlawanan itu dalam kempen ini.

Semakin kuat

“Ia adalah detik awal kami di bawah bos (Coleman) dan kami baharu hendak menyesuaik­an diri dengan taktikalny­a. Ia adalah sukar apabila pengurus baharu masuk, tetapi apa yang kami capai sejak itu amat menakjubka­n.

“Kami boleh melihatnya semula dan bercakap kami sudah merakamkan sesuatu yang istimewa. Kami semakin kuat seba- gai sebuah unit sekarang ini dan saya berharap kami dapat membuktika­n kepada Serbia.”

Prestasi Wales sejak dua tahun kebelakang­an ini menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan apabila undian kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dikeluarka­n.

Tetapi mereka ketinggala­n dua mata kepada peneraju Kumpulan D, Serbia selepas mengutip dua keputusan seri kepada Austria dan Georgia, bulan lalu.

“Kami pasukan pilihan dalam kumpulan tetapi itu tidak bermakna kami akan menamatkan saingan di kedudukan peneraju. Memang itu kami idamkan, tetapi ia tidak semudah seperti yang semua jangkakan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia