Berita Harian

‘Sokong barisan muda Azzurri’

-

Andrea Belotti mempertaha­nkan keputusan pengendali Itali, Giampiero Ventura menyenarai­kan barisan pemain muda bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Liechtenst­ein, awal pagiesok.

Menurut penyerang Torino itu, ia adalah masa yang sesuai untuk skuad Azzurri memberi peluang kepada bakat muda membuktika­n kemampuan mereka.

Ventura membawa tujuh pemain yang tidak pernah membuat penampilan antarabang­sa bagi pertemuan berdepan Liechtenst­ein dan aksi persahabat­an bertemu Jerman, awal pagi Rabu ini dengan penyerang AC Milan, Gianluca Lapadula menggantik­an Manolo Gabbiadini yang cedera.

Belotti, 22, tampak cemerlang buat Torino sepanjang kempen ini, apabila menemui gawang lapan kali sepanjang 10 aksi Serie A.

Balas kepercayaa­n

“Percayakan kami,” kata Belotti. “Terdapat ramai pemain muda yang mula menunjukka­n apa yang mampu mereka sumbangkan. Kami sedar kami mampu membalas kepercayaa­n itu sekiranya diberi peluang.

“Itu juga apa yang difikirkan seluruh pasukan ini. Saya tahu ini adalah peluang yang amat penting buat kami. Saya sedia melakukan apa saja untuk kekal dalam skuad kebangsaan.

“Saya akan cuba membuktika­n kepada diri sendiri, ia adalah masa yang tepat untuk pemain muda."

Ketika diminta menjelaska­n mengenai sentuhan penyudah hebatnya pada kempen ini, Belotti berkata: “Ia bukannya baru, saya sudah meningkat sejak tahun lalu dan tahun ini. ”(Jurulatih Torino, Sinisa] Mihajlovic memainkan peranan di sebalik kejayaan ini.

“Gaya permainan menyerang dan agresif yang diterapkan olehnya menjadi kekuatan pasukan kami.”

 ??  ?? Belotti tuntut penyokong beri sokongan kepada bakat muda Itali pada aksi menentang Liechtenst­ein.
Belotti tuntut penyokong beri sokongan kepada bakat muda Itali pada aksi menentang Liechtenst­ein.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia