Berita Harian

120 ‘Tiger Woods’ sahut cabaran

Berentap dalam Kejohanan Golf Amal Piala Pusingan Laksamana di The ELS Club Desaru-the Ocean

- Oleh S Anand Kumar

Seramai 120 pemain golf tempatan termasuk dari Singapura dijangka berentap dalam Kejohanan Golf Amal Piala Pusingan Laksamana di The ELS Club Desaru-the Ocean, Kota Tinggi dekat sini, pada 26 November ini.

Kejohanan julung kali anjuran Persatuan Golf Pelanconga­n Johor (JGTA) itu akan disempurna­kan majlis perasmiann­ya oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, manakala Media Prima Berhad (Media Prima) sebagai media rasmi pertanding­an berkenaan.

Pengerusi JGTA, Kol (B) Mohd Jamal Salleh, berkata segala sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak bagi menjayakan kejohanan berkenaan termasuk yuran penyertaan bernilai kira-kira RM1.5 juta akan disumbangk­an kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF).

“Buat pertama kali JGTA menganjurk­an kejohanan berkenaan antara lain bertujuan mengumpul dana bagi TLJCF yang ditubuhkan Ogos lalu bagi membantu pesakit kurang berkemampu­an membiayai kos rawatan kanser.

“Kita mendapat sokongan yang cukup baik daripada pelbagai pihak bagi penganjura­n kejohanan ini, malah lebih ramai pemain golf menunjukka­n minat mereka untuk menyertai pertanding­an ini, namun kali ini ia terhad kepada 120 pemain sahaja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lelong Harley Davidson

Mohd Jamal berkata, lebih menarik lagi pada kejohanan berkenaan, masing-masing dua unit kenderaan pelbagai guna (MPV) Maxus G10 dan Porsche Macan turut menjadi rebutan peserta yang berjaya melakukan pukulan selubang.

“Selain itu, pelbagai hadiah menarik juga menanti peserta termasuk pasukan terbaik bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Bagi kejohanan kali ini, yuran penyertaan bagi setiap flight ialah RM20,000,” katanya.

Mohd Jamal berkata, Sultan Johor juga berkenan mengadakan lelongan awam sebuah motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson milik baginda pada kejohanan berkenaan yang antara lain bagi mengumpul dana untuk TLJCF.

“Kami di peringkat kepemimpin­an JGTA juga merancang untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan untuk membantu TLJCF yang diwujudkan bagi tujuan murni,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Mohd Jamal (tengah) bersama Bendahari JGTA, Framond Fong (kanan) dan ahli jawatankua­sa, Roslan Saydeh menunjukka­n poster kejohanan.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Mohd Jamal (tengah) bersama Bendahari JGTA, Framond Fong (kanan) dan ahli jawatankua­sa, Roslan Saydeh menunjukka­n poster kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia