Berita Harian

Hafizh keracunan makanan

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Hafizh Syahrin Abdullah tidak menyertai sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Valencia yang berlangsun­g semalam selepas dinasihatk­an doktor supaya berehat.

Pelumba PETRONAS Raceline itu mengalami keracunan makanan sejak kelmarin dan sekiranya kesihatann­ya semakin baik, Hafizh akan meneruskan sesi latihan ketiga dan juga kelayakan, hari ini.

Dalam laman peminat Facebook rasminya ‘Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao’ melaporkan: “Antibiotik, probiotik diberikan kepada Hafizh Syahrin. Beliau diminta untuk berehat hari ini (semalam) dan - Sesi latihan lihat bagaimana keadaan kesihatan beliau dalam beberapa jam lagi.

“Beliau perlu kembali untuk melakukan pemeriksaa­n lain. Vale, pengurus pasukan, di Irta sekarang. Pengarah perubatan meminta pemeriksaa­n rapi dijalankan.

“Baru saja selesai dengan pemeriksaa­n ultra sound dan segala-galanya kelihatan baik. Pemantauan akan diteruskan terhadap beliau.”

Adam, Khairul baiki masa

Untuk rekod, pada musim lalu, Hafizh tidak menamatkan perlumbaan di Valencia selepas mengalami kemalangan di awal saingan tatkala pada 2014 berada di tangga ke-16 daripada 35 pelumba.

Sementara itu, sesi latihan bebas Moto3 semalam menyaksika­n kedua-dua pelumba negara memperbaik­i catatan masa sepusingan terpantas masing-masing.

Pelumba pasukan Drive M7 SIC, Adam Norrodin mencatat 1 minit 40.672 saat bagi memperbaik­i catatan 1'41.580s yang dilakukan pada sesi pagi untuk berada di kedudukan ke-29.

Juara di GP Argentina dan Jerman, Khairul Idham pula mencatat 1'41.355s pada sesi kedua, memperbaik­i catatan 1'42.252s dilakukann­ya pada sesi pagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia