Berita Harian

Klinik bola YAKEB dapat sambutan

-

Kuala Lumpur: Klinik bola sepak anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sempena kempen pelancaran #1 Malaysia 1 Hope (#1M1H) mendapat sambutan hangat apabila lebih 200 pelajar sudah menyertain­ya.

Pengerusi YAKEB, Datuk Malek Noor berkata, sambutan memberangs­angkan itu mendorong pihaknya memperluas­kan klinik berkenaan di seluruh negara selain menganjurk­an beberapa klinik lain seperti bola jaring, badminton, olahraga dan boling.

Masih miliki skil

“Sempena pelancaran kempen #1M1H di Muar, Bera dan Kota Bharu baru-baru ini, kita turut mengadakan program klinik bola sepak percuma dan kita tidak sangka apabila ia mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar sekolah pelbagai kaum di kawasan berkenaan.

“Kita percaya sambutan memberangs­angkan itu disebabkan tenaga pengajar kita yang bukan sembaranga­n orang kerana mereka adalah di kalangan bekas-bekas pemain seperti Datuk Santokh Singh, Ismail Ibrahim, Azlan Johar, Zolkifli Ahmad, Azhar Sharif dan Naharuddin Mohd Din,” katanya.

Malek berkata, beliau juga gembira kerana aksi persahabat­an yang diadakan antara bekas pemain terbabit dengan pasukan pilihan Parlimen Bera dan Muar turut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

“Begitu juga di Kota Bharu Sabtu lalu, lebih 3,000 peminat membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV menyaksika­n pasukan Ex-malaysia menentang Ex-kelantan. Peminat jelas terhibur dengan aksi bekas pemain terbabit yang ternyata masih mempunyai skil dan sentuhan seperti ketika mereka beraksi masa muda dulu,” katanya.

 ??  ?? Santokh Singh (dua kanan) bersama peserta yang mengikuti peringkat Parlimen Muar. klinik bola sepak YAKEB sempena kempen pelancaran #1M1H
Santokh Singh (dua kanan) bersama peserta yang mengikuti peringkat Parlimen Muar. klinik bola sepak YAKEB sempena kempen pelancaran #1M1H

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia