Berita Harian

V Shem-wee Kiong dicabar kekal nombor satu

Perlu mara ke separuh akhir Terbuka China, Hong Kong

-

Pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-tan Wee Kiong dicabar mengekalka­n konsistens­i untuk mempertaha­nkan ranking nombor satu dunia yang diduduki mereka ketika ini.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata konsistens­i adalah kunci utama jika mahu mengekalka­n kedudukan itu bagi tempoh yang panjang.

“Perlu diingatkan cabaran yang lebih getir menanti selepas ini. Jadi, mereka janganlah cepat mendabik dada,” katanya yang turut mengucapka­n tahniah kepada pasangan itu atas kemampuan melonjak ke persada ranking dunia.

Umum persaraan

Sementara itu, jurulatih beregu negara, Jeremy Gan turut berkongsi nada yang sama dan menuntut V Shem-wee Kiong mengekalka­n prestasi pada tahap terbaik dengan sekurangku­rangnya mara ke peringkat separuh akhir dalam dua kejohanan terdekat iaitu di Terbuka China (15-20 November) dan Terbuka Hong Kong (22-27 November).

“Bagi kejohanan seterusnya nanti, mereka perlu sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir bagi memastikan kedudukan nombor satu itu terus dapat dikekalkan dalam tempoh yang lama seperti jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei.

“Saingan untuk beregu ini amat sukar dan peluang terbuka kerana setiap negara seperti China, Denmark dan Indonesia juga mempunyai beregu yang baik,” katanya.

Pasangan negara itu berjaya merampas status nombor satu dunia daripada beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-yoo Yeon Seong yang terkeluar daripada ranking selepas Yong Dae mengumumka­n persaraan daripada pentas antarabang­sa barubaru ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia