Berita Harian

Tak perlu pujuk Annuar: Dali

‘Sudah tiba masanya KAFA memiliki presiden baharu yang boleh membawa perubahan’

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digesa supaya tidak lagi memujuk rayu Tan Sri Annuar Musa untuk melakukan pusingan ‘U’ dengan menarik balik peletakan jawatannya selaku presiden kerana badan induk itu sebenarnya memerlukan kepimpinan baharu yang lebih segar.

Gesaan itu disuarakan legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang menyifatka­n kejayaan lampau akan terus menjadi sejarah dan individu berkelayak­an diperlukan untuk mengembali­kan semula imej The Red Warriors (PQPTRW) selaku antara pasukan disegani dalam kancah bola sepak negara.

Menurutnya, apa yang berlaku sekarang seperti Annuar hilang ‘selera’ untuk menguruska­n KAFA.

“Sudah tiba masanya KAFA memiliki presiden baharu yang boleh membawa perubahan. Apa yang dapat dilihat sekarang seperti Tan Sri hilang fokus untuk menguruska­n persatuan dengan baik.

“Apabila terlalu banyak jawatan, secara tidak langsung tumpuan terhadap sesuatu tugas juga akan berkuranga­n. Tidak guna ada kuantiti ( jawatan) tetapi tidak ada kualiti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tidak cakap kosong

Annuar yang digelar Bapa Pembanguna­n Bola Sepak Kelantan mengumumka­n peletakan jawatannya Selasa lalu dengan alasan mahu memberi peluang kepada individu lain yang lebih berwibawa terutama membawa pembaharua­n dalam badan induk bola sepak Kelantan itu.

Malah tugas berat dijangka bakal menanti penggantin­ya ketika pemilik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman memutuskan untuk menangguhk­an sementara penajaan kepada PQPTRW, musim depan.

Bagaimanap­un hasrat Annuar untuk melepaskan jawatannya ditolak secara sebulat suara oleh Exco KAFA.

Ditanya siapa pilihan dan ciriciri diperlukan untuk mengambil alih peneraju KAFA, Dali lebih selesa bersikap terbuka dan menegaskan jawatan itu mampu digalas oleh sesiapa saja.

“Tidak salah siapa pun yang pegang jawatan itu dan yang penting individu berkenaan mestilah orang boleh boleh buat kerja.

“Saya yakin peminat juga mahu mereka yang boleh beri tumpuan terhadap pengurusan dan tidak hanya bercakap kosong,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia