Berita Harian

‘Terpulang kepada KAFA terima atau tolak’

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menerima atau menolak peletakan jawatan daripada Tan Sri Annuar Musa!

Itu tegas Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berhubung keputusan Annuar meletakkan jawatan Presiden KAFA.

Bagaimanap­un, Mahizi tetap menegaskan betapa perkara paling utama yang perlu dilakukan KAFA adalah menjaga kebajikan pemain pada tahap terbaik.

“Kami sebagai penyokong cuma mengharapk­an yang terbaik untuk bola sepak Kelantan.

“Kami menyokong apa saja tindakan KAFA demi menaikkan kembali martabat bola sepak Kelantan dan kembali kepada zaman kegemilang­an yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

Bukan masa sesuai

“Apapun, kebajikan pemain harus diutamakan dan soal siapa yang menerajui KAFA, terpulang kepada pengurusan.

“Selagi ia mampu memartabat­kan kembali bola sepak Kelantan dan kembali menjadikan The Red Warriors (TRW) sebagai pasukan yang digeruni dan pencabar utama Liga Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Annuar mengesahka­n peletakan jawatan pada Selasa lalu dengan memuat naik surat peletakan rasmi yang dihantar kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor.

Bagaimanap­un, peletakan itu ditolak pengurusan tertinggi persatuan negeri itu semalam dan sebaliknya meminta Annuar menarik balik hasratnya.

Malah, barisan pemain Kelantan juga menganggap ia bukan masa yang sesuai buat Annuar meninggalk­an KAFA kerana khidmatnya masih diperlukan untuk pasukan TRW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia