Berita Harian

Dr Vida harap hasil positif

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Kota Bharu: Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menjadi penaja utama skuad Kelantan musim ini, berharap usaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk memujuk Tan Sri Annuar Musa kembali menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA) menemui hasil positif.

Beliau juga menyokong tindakan barisan tertinggi KAFA mengadakan mesyuarat khas membincang­kan krisis yang melanda persatuan itu sehingga membawa kepada Annuar melepaskan jawatan Presiden KAFA lebih awal di Shah Alam, kelmarin.

“Keputusan Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah menolak hasrat Annuar meletak jawatan presiden adalah wajar kerana sumbangan beliau masih diperlukan dalam mengetuai barisan kepimpinan KAFA.

“Jika urusan memujuk Annuar menarik semula surat peletakan jawatan berjaya, sudah pasti ia akan memberikan kesan positif kepada persiapan pasukan Kelantan menghadapi saingan musim depan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan semalam.

Sedia bincang penajaan

Mesyuarat khas dihadiri tujuh Exco KAFA yang dipengerus­ikan Afandi di Shah Alam, semalam sebulat suara menolak hasrat Annuar melepaskan jawatan Presiden KAFA.

Dr Vida juga berkata, beliau sedia berbincang mengenai penajaan skuad PQPTRW jika ia benar-benar boleh membawa suatu perubahan dan demi masa depan pasukan itu.

“Saya sentiasa bersedia mengadakan perbincang­an terutama masa depan dan hala tuju Vida Beauty Sdn Bhd sebagai penaja utama pasukan Kelantan masa akan datang,” katanya.

Dr Vida menjadi penaja utama pasukan Kelantan yang membabitka­n penajaan bernilai RM16 juta kepada pasukan Kelantan dengan menggunaka­n nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) yang sebelum ini dikenali The Red Warriors (TRW).

 ??  ??
 ??  ?? Dr Vida dan Annuar (kanan) di awal musim selepas mencapai persetujua­an mengenai penajaan.
Dr Vida dan Annuar (kanan) di awal musim selepas mencapai persetujua­an mengenai penajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia