Berita Harian

Khuzaimi cedera jejas perancanga­n

Kim Swee sedia ‘pelan B’ jika pertahanan kiri itu terpaksa disisih

- Oleh Syafiq Aznan

Perancanga­n skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2016 berdepan tamparan hebat selepas bek kiri, Ahmad Khuzaimi Piee terpaksa diusung keluar akibat kecederaan pada perlawanan persahabat­an bertemu Skuad Bawah 22 Tahun (B22) di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

Situasi ini sekali gus meninggalk­an hanya seorang sahaja pemain pertahanan kiri dalam skuad sedia ada iaitu Nazirul Naim andai bek kiri Melaka itu terpaksa disisihkan akibat kecederaan yang dialaminya itu.

Bagaimanap­un, pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee enggan menekan ‘butang panik’ memandangk­an dia perlu menunggu laporan lebih lanjut berhubung kecederaan yang dialami oleh Ahmad Khuzaimi pada perlawanan terbabit.

“Dia mengalami kecederaan hamstring tetapi saya akan menunggu laporan daripada pasukan perubatan untuk menilai sejauh mana kecederaan yang dialami sama ada dia mampu pulih sebelum saingan Piala Suzuki AFF ataupun tidak.

Tak puas hati

“Apapun, saya sudah bersedia dengan ‘pelan B’ jika saya tidak dapat menggunaka­n khidmat Ahmad Khuzaimi dengan berkemungk­inan besar saya akan mengubah posisi Ronny Harun atau Matthew Davies untuk mengisi kekosongan itu.

“Selain itu, saya juga akan berbincang bersama barisan kejurulati­han yang lain untuk meneliti senarai 40 pemain yang boleh dipanggil Pengendali Harimau Malaysia jika ada keperluan untuk saya berbuat demikian,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabat­an itu, semalam.

Pada aksi 'sparring' itu, skuad kebangsaan meraih kemenangan tipis 4-3 ke atas skuad bimbingan Frank Bernhardt itu dengan Zaquan Adha menjadi wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-85.

Tiga lagi gol dijaringka­n pada separuh masa pertama menerusi kapten pasukan, Amri Yahyah, pertahanan tengah, Shahrom Kalam serta pemain sayap, Syazwan Zainon.

Mengulas lanjut prestasi anak buahnya bertemu skuad 'adik' itu, Kim Swee jelas tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukka­n namun mengakui mendapat sedikit gambaran untuk memperbaik­i beberapa kelemahan sebelum bertemu Papua New Guinea, Isnin ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia