Berita Harian

Banyak lagi perlu dibaiki: Amri

-

Kelana Jaya: Kapten pasukan kebangsaan, Amri Yahyah menegaskan masih banyak yang perlu diperbaiki rakan sepasukann­ya sebelum mengharung­i kempen Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar, 16 November ini.

Selepas menyaksika­n skuad kebangsaan melepaskan tiga gol ketika bertemu skuad Bawah 22 tahun negara (B22), nyata penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu rakan sepasukann­ya bangkit dan memperbaik­i mutu persembaha­n apabila dijadual bertemu Papua New Guinea bagi aksi pemanas badan terakhir sebelum ke Yangon.

“Banyak aspek yang perlu diperbaiki lagi termasukla­h daripada bahagian pertahanan, tengah dan barisan serangan supaya kita lebih bersedia pada aksi sebenar di Piala Suzuki AFF nanti.

“Apapun, saya gembira kerana pemain memberi komitmen yang tinggi dan bersemanga­t walaupun beraksi atas padang basah dan berjaya menyerap tekanan daripada pasukan lawan.

“Jadi, saya mengharapk­an momentum dan semangat itu dapat diteruskan pada perlawanan menentang Papua New Guinea di laman sendiri, Isnin nanti,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabat­an menentang skuad B22 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Posisi kegemaran

Pada aksi ‘sparring’ itu, skuad kebangsaan meraih kemenangan tipis 4-3 ke atas skuad bimbingan Frank Bernhardt itu dengan Amri turut meledak gol pembukaan buat skuad senior untuk mengikat kedudukan.

Dalam masa sama, penyerang berusia 35 tahun itu bersedia untuk diletakkan di mana-mana posisi menyerang pada saingan Piala Suzuki AFF kali ini.

“Saya tidak kisah diletakkan di mana-mana posisi kerana saya tetap akan memberikan yang terbaik untuk pasukan.

“Faktor usia tidak akan dijadikan alasan untuk saya memilih posisi kegemaran kerana bagi saya, komitmen atas padang amat diperlukan,” katanya.

Penggempur veteran itu boleh beraksi sebagai sebagai penyerang, pemain tengah menyerang ataupun sayap sekali gus memberikan kelebihan untuk dia menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia