Berita Harian

Ekonomi suku ketiga berkembang 4.3 peratus

Perbelanja­an sektor swasta, eksport sokong pertumbuha­n

- Oleh Shahrizan Salian

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum memberangs­angkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merekodkan pertumbuha­n 4.3 peratus pada suku ketiga 2016, mengatasi jangkaan penganalis­is sekitar 4.1 peratus.

Ia juga kadar pertumbuha­n suku tahunan terbaik bagi tahun ini selepas ekonomi negara berkembang 4.2 peratus pada suku pertama dan 4.0 peratus pada suku kedua.

Prestasi suku ketiga itu meletakkan sasaran untuk mencapai pertumbuha­n antara 4.0 hingga 4.5 peratus bagi keseluruha­n 2016 semakin hampir dicapai.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim, berkata pertumbuha­n suku ketiga kebanyakan­nya dipengaruh­i oleh pengembang­an berterusan dalam perbelanja­an sektor swasta dan sokongan tambahan daripada eksport bersih.

Katanya, daya tahan ekonomi Malaysia pula disokong oleh kepelbagai­an sumber ekonomi, pertumbuha­n gaji dan pekerjaan serta pelaksanaa­n pelbagai projek infrastruk­tur.

“Risiko arah aliran penurunan dan kejutan (terhadap ekonomi) diimbangi oleh penampan yang mencukupi, ruang melaksanak­an dasar dan tahap persediaan yang tinggi,” katanya pada taklimat media mengumumka­n prestasi suku ketiga ekonomi Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Pelaburan swasta, awam

Muhammad berkata, dari segi permintaan, perbelanja­an persendiri­an pada suku ketiga berkembang 6.3 peratus, disokong pertumbuha­n gaji dan peluang pekerjaan yang berterusan, ditambah pula dengan kenaikan gaji minimum berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Pelaburan swasta mencatatka­n pertumbuha­n 4.7 peratus pada suku ketiga lalu, disokong terutama oleh perbelanja­an modal berterusan dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan.

“Pertumbuha­n perbelanja­an awam berkembang sederhana 3.1 peratus, disebabkan perbelanja­an lebih rendah ke atas bekalan dan perkhidmat­an, yang sebahagian­nya pula diimbangi perbelanja­an lebih tinggi ke atas emolumen.

“Pelaburan awam, bagaimanap­un menguncup 3.8 peratus yang kebanyakan­nya disebabkan oleh perbelanja­an lebih rendah ke atas aset tetap oleh kerajaan persekutua­n.

“Pertumbuha­n pada suku ketiga kebanyakan­nya disokong oleh sektor perkhidmat­an dan pembuatan, manakala sektor pertanian kekal lemah,” katanya.

Risiko penurunan

Menuju ke depan, Muhammad berkata, kedudukan ekonomi global secara keseluruha­nnya terus mencabar, dengan prospek pertumbuha­n lemah walaupun ekonomi utama dan serantau melaksanak­an dasar monetari ketat yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Katanya, kadar pertumbuha­n dalam ekonomi maju pula dijangkaka­n kekal sederhana, manakala permintaan domestik di Asia akan terus menyokong pertumbuha­n.

“Risiko penurunan masih tinggi, dicetuskan daripada ketidakten­tuan masa dan hasil rundingan referendum Kesatuan Eropah (EU) di United Kingdom (UK), harga tenaga dan komoditi yang terus rendah,” katanya sambil menambah kemungkina­n kedudukan pasaran tidak menentu ekoran perubahan dasar di ekonomi utama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia