Berita Harian

Impak Trump menang masih awal untuk dinilai: BNM

-

Masih terlalu awal untuk menilai kesan daripada kemenangan Donald Trump pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

“Dalam mesyuarat dasar monetari BNM yang akan datang, kami sudah pasti akan melihat kepada semua angka dan mengambil kira perkembang­an baharu, sebelum menentukan sama ada perlu membuat perubahan dalam pendirian dasar monetari.

“Sebaik sahaja dasar AS menjadi lebih jelas, kami akan melakukan beberapa perubahan sewajarnya terhadap dasar (monetari),” katanya pada taklimat media prestasi ekonomi suku ketiga Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai risiko kepada ekonomi Malaysia susulan kemenangan Trump pada Pilihan Raya Presiden AS, Rabu lalu.

Muhammad bagaimanap­un memberi jaminan bahawa bank pusat sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang risiko.

“Kita perlu sentiasa berdaya tahan untuk menyerap sebarang kejutan luaran. Sebagai sebuah ekonomi, kita sentiasa menyokong perjanjian perdaganga­n dan proses globalisas­i.

“Selain itu, kita juga mempersiap­kan industri dan rakyat untuk berdepan semua perubahan daripada peningkata­n globalisas­i,” katanya.

BNM pantau langkah Trump

Dalam pada itu, beliau berkata, ekonomi negara masih lagi positif walaupun seandainya Trump menolak Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik (TPPA).

“Jika TPPA dibatalkan, ekonomi Malaysia tidak akan terjejas teruk kerana kita sudah mencatatka­n prestasi baik sebelum perjanjian itu dilaksanak­an,” katanya.

Trump menyuaraka­n bantahan kerasnya terhadap perjanjian itu ketika kempen. Perjanjian itu yang diketuai AS, membabitka­n 12 negara, termasuk Malaysia.

Muhammad menjelaska­n, sebab utama Malaysia menyertai perjanjian berkenaan adalah untuk meningkatk­an perdaganga­n serta pelaburan langsung asing.

Justeru, katanya, buat masa ini, BNM akan memantau dengan rapat langkah yang akan diambil Trump.

“Sekiranya pelarasan diperlukan untuk melindungi ekonomi kita, BNM akan melakukan dengan sewajarnya,” katanya.

Timbalan Gabenor BNM, Sukudhew Singh, pula berkata setakat ini negara TPPA sedang merundingk­an sama ada perjanjian itu perlu dimansuhka­n.

“Ada pandangan umum yang pasif, kita perlu tunggu dan lihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia