Berita Harian

PETRONAS Syntium SE eksklusif untuk kereta Proton

Digunakan sebagai minyak enjin rasmi di semua pusat servis diiktiraf

- Oleh Suffian A Bakar

Proton Holdings Bhd (PROTON) dengan kerjasama PETRONAS semalam melancarka­n rangkaian eksklusif minyak enjin yang dibangunka­n khusus untuk kereta Proton.

Dikenali sebagai PETRONAS Syntium SE (SE merujuk kepada ‘Serviced at Edar’), minyak enjin itu kini digunakan sebagai minyak enjin rasmi di semua pusat servis PROTON yang diiktiraf.

Ia ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu PETRONAS Syntium 3000 (5W30) sintetik penuh; PETRONAS Syntium 800 (10W-30) separuh sintetik; dan PETRONAS Syntium 500 (15W40) yang berasaskan mineral.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata minyak enjin itu dikeluarka­n berdasarka­n formula eksklusif bagi mengoptimu­mkan prestasi kereta Proton pada masa sama memperbaik­i kos pemilikan jangka panjang.

Beri lebih nilai

Beliau berkata, pengenalan produk itu bertujuan memperbaik­i pengalaman pelanggan dan memberikan lebih nilai melalui pengenalan rangkaian minyak enjin ekslusif untuk kereta Proton.

“Dengan adanya rangkaian minyak enjin PETRONAS Syntium SE eksklusif ini, pelanggan dapat menikmati lebih nilai apabila menghantar kereta mereka untuk di servis di mana-mana pusat servis PROTON yang diiktiraf.

“Tambahan pula, mereka akan mengalami pemanduan yang lebih baik dari segi prestasi kereta, pada kos penyelengg­araan yang lebih rendah,” katanya pada majlis pelancaran minyak enjin itu di Subang Jaya, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM), Zubair Abdul Razak.

Fuaad berkata, pengenalan PETRONAS Syntium SE adalah sebahagian usaha PROTON bagi menyediaka­n pengalaman khidmat pelanggan yang lebih baik untuk mengurangk­an kos pemilikan jangka panjang.

Menerusi kerjasama itu, katanya, pemilik kereta Proton akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk servis berikutnya di pusat servis PROTON Edar.

“Bagi meningkatk­an lagi pengalaman khidmat pelanggan, PROTON akan turut meningkatk­an bilangan pusat servis yang beroperasi tujuh hari seminggu kepada 27 cawangan daripada 23 cawangan menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu Zubair berkata, PETRONAS Syntium SE direka khusus menggunaka­n teknologi ‘Cooltech’ yang membantu melindungi daripada kenaikan suku melampau, sekali gus menjadikan enjin kereta lebih cekap untuk pemanduan mudah.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Ahmad Fuaad dan Zubair melancarka­n PETRONAS Syntium SE di Subang, semalam
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Ahmad Fuaad dan Zubair melancarka­n PETRONAS Syntium SE di Subang, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia