Berita Harian

Usaha sama Malaysia, Korea Selatan kukuh Sarawak

Dua MOU untuk projek metanol, bekal gas mentah dimeterai

- Oleh Mohd Roji Kawi

sama Petronas dan Huchems Fine Chemicals diyakini mampu memperkuku­hkan ekonomi negeri walaupun dalam keadaan industri minyak dan gas dunia berdepan cabaran hebat ketika ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, berkata kehadiran firma petrokimia dari Korea Selatan itu dalam industri pengeluara­n ammonia bertepatan dengan hasrat mempelbaga­ikan sumber ekonomi negeri.

Katanya, penyertaan entiti kerajaan negeri, Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak (YHBS) pula dijangka memantapka­n lagi keupayaan syarikat tempatan dalam kegiatan hiliran industri minyak dan gas, terutama sektor pengeluara­n metanol.

“Dua dokumen (perjanjian kerjasama) ditandatan­gani hari ini (semalam) mampu mengubah landskap ekonomi negeri walaupun berdepan cabaran ekonomi global ketika ini. Penyertaan dua syarikat berkenaan bersama Petronas akan membantu usaha kita mempelbaga­ikan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Petronas, Huchems dan YHBS, di Kuching, semalam.

Kajian bersama

Yang turut hadi Menteri Pembanguna­n Industri dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Huchems, Choi Gyu Sung.

Perjanjian ditandatan­gani antara PETRONAS dan YHBS untuk menjalanka­n kajian bersama bagi projek pengeluara­n metanol yang dicadangka­n di Taman Perindustr­ian Samalaju di Bintulu.

Petronas diwakili Naib Presiden (Strategi Korporat), Adif Zulkifli, manakala YHBS diwakili Timbalan Pengerusin­ya, Tan Sri Abdul Aziz Husain.

Sementara itu, Petronas menandatan­gani perjanjian untuk membekalka­n 58 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas mentah kepada loji petrokimia yang dibangunka­n Huchems bagi tempoh 20 tahun.

 ?? [FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] ?? Abang Johari menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Petronas, Huchems dan YHBS, di Kuching, semalam.
[FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] Abang Johari menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Petronas, Huchems dan YHBS, di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia