Berita Harian

Ambank sasar sektor SME penyumbang utama 2017

-

Ambank menyasarka­n sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) antara penyumbang penting pertumbuha­n perniagaan kumpulan berkenaan menerusi produk pembiayaan kewangan untuk SME yang ditawarkan pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata walaupun keadaan ekonomi diramal tidak menentu tahun depan, sektor SME dijangka terus berkembang berikutan pelaksanaa­n beberapa projek pembanguna­n berskala besar.

Beliau berkata, tiga projek besar iaitu Projek Kereta Api Laju Malaysia-singapura (HSR) dan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Semenanjun­g serta pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak membuka banyak peluang kepada syarikat SME.

“Kami yakin SME akan mendapat banyak peluang untuk bersama melaksanak­an projek berkenaan menerusi pelbagai bidang berkaitan seperti pembekalan dan ini pastinya memberi kesan yang berganda.

“Dalam hal ini, Kumpulan Ambank sedia membantu menerusi penyediaan produk dan khidmat nasihat berkaitan dengan pembiayaan untuk SME,” katanya selepas Majlis Pelancaran Cawangan Ambank Plaza Shell Kota Kinabalu, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Yang turut hadir Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim; Ahli Lembaga Ambank (M) Bhd, Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz; Pengarah Wilayah Perbankan Runcit Ambank (M) Bhd, Chan Teck Sang dan Pengurus Cawangan Ambank Plaza Shell, Irene Voo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia