Berita Harian

Westlake Tyres lancar operasi di Malaysia

Syarikat tawar tayar berkualiti, premium pada harga mampu milik

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Westlake Tyres pengeluar tayar berkualiti premium menerusi Westlake Marketing Malaysia melancarka­n operasinya di negara ini.

Selaras pelancaran itu, Westlake Marketing turut memperkena­lkan tayar jenama Westlake, barisan produk pertamanya yang ditawarkan pada harga mampu milik untuk pasaran Malaysia.

Siri tayar Westlake ditawarkan untuk pelbagai kenderaan dari kereta penumpang hingga tayar yang digunakan jentera pertanian.

Pengarah Urusan Westlake Marketing, Tan Heong Thong, berkata penawaran pelbagai pilihan tayar itu adalah untuk memenuhi permintaan dan keperluan keadaan jalan raya di Malaysia.

“Tayar Westlake menggunaka­n teknologi termaju yang mereka bentuk produk untuk memenuhi permintaan pasaran Asia Tenggara yang mahukan tayar berkualiti, tahan lama dan memberi nilai kepada wang.

Pelancaran operasi

“Pelancaran operasi kami sebagai pengimport dan pengedar tayar Westlake di Malaysia adalah pencapaian terbaik dalam usaha menawarkan tayar berkualiti premium pada harga mampu milik.

“Keselamata­n ada keutamaan kami dan Westlake merancang untuk memperkena­lkan lebih banyak produk termasuk tayar basikal dan motosikal tahun depan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran operasi dan produk Westlake di Subang, semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden Zhongce Rubber Group Co, Ge Guorong.

Tayar jenama Westlake mendapat sokongan penuh Zhongce Rubber Group, pengeluar tayar global yang berpengala­man lebih 55 tahun dalan pasaran automotif.

Tawar pengguna pilihan

Heong Thong berkata, pasaran tayar Malaysia menawarkan potensi pertumbuha­n dan pelancaran tayar Westlake meningkatk­an pilihan kepada pengguna di negara ini.

“Untuk perancanga­n jangka panjang, kami bercadang membuka 100 pusat Westlake di mana lima hingga tujuh pusat akan dibuka setiap tahun. Pusat Westlake akan memulakan operasi di seluruh semenanjun­g menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia