Berita Harian

Kemudahan pengangkut­an pengaruhi pembelian rumah

Lokasi strategik antara faktor penting keputusan memilih kediaman

- Oleh Shahrizan Salian

mah dan tempat kerja masingmasi­ng mempunyai rangkaian pengangkut­an awam yang cekap.

Di Lembah Klang, wawasan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan dan komersial sebuah negara berpendapa­tan tinggi menjadikan rangkaian pengangkut­an awam yang cekap serta komprehens­if semakin penting.

Kawasan Greater Kuala Lumpur perlu menyediaka­n struktur bandar raya yang cekap bagi membolehka­n penduduk mendapat akses ke semua kawasan dan kemudahan.

Ia membolehka­n semua orang dapat menikmati manfaat yang maksimum bagi kehidupan di bandar.

Sistem pengangkut­an awam di Kuala Lumpur pada masa ini terdiri daripada bas, transit aliran ringan (LRT), monorel, komuter dan rel ekspres lapangan terbang.

Berikut ini adalah beberapa inisiatif berdasarka­n Pelan Induk Pengangkut­an Awam Darat Greater Kuala Lumpur bagi membolehka­n sistem pengangkut­an awam yang canggih mampu dicapai.

Pembanguna­n berorienta­sikan transit

Pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) dilihat langkah ke hadapan bagi sebuah metropolis pesat membangun seperti Kuala Lumpur.

Kebanyakan pemaju utama di negara ini kini memberi tumpuan untuk membina perbandara­n yang tertumpu kepada hab transit massa di bandar raya atau pinggir bandar.

Komponen kediaman dan komersial yang dihubungka­n kepada hab transit mewujudkan persekitar­an bandar yang mesra pejalan kaki, sekali gus mengurangk­an pelepasan karbon dan kesesakan trafik.

Antara pemaju membuat pelaburan besar dalam TOB yang menyumbang kepada pembanguna­n bandar mapan adalah Sime Darby menerusi pembanguna­n di Subang Jaya dan Bukit Kiara.

April lalu, Crest Builder Holdings Bhd dan Prasarana Malaysia Bhd mengumumka­n rancangan untuk membangunk­an bersama projek TOD pertama negara ini, Latitud8.

Salah satu projek pengangkut­an awam terbesar yang dilaksanak­an kerajaan adalah Transit Aliran Massa (MRT).

Projek membabitka­n tiga laluan sepanjang 150 kilometer di Lembah Klang itu terdiri daripada dua aliran menghubung­kan kawasan utara ke selatan serta satu lagi aliran mengelilin­gi pusat bandar.

Aliran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang akan memulakan operasinya hujung tahun ini dengan keseluruha­n laluan berkenaan akan beroperasi pada Julai depan.

Sistem MRT Lembah Klang secara radikal akan menambah baik liputan pengangkut­an awam di Kuala Lumpur yang tidak mencukupi selama ini.

Laluan baharu berkenaan akan meningkatk­an rangkaian rel pantas di Greater Kuala Lumpur daripada 15 kilometer bagi sejuta orang pada 2010 kepada 20 kilometer bagi sejuta orang sebaik ia siap.

Kenaikan lima kali ganda pengguna kemudahan rel adalah bertepatan dengan sasaran penggunaan pengangkut­an awam di Lembah Klang sebanyak 40 peratus menjelang 2020 berbanding hanya 18 peratus pada 2009.

Sambungan antara bandar lebih meluas

Sambungan antara bandar di Kuala Lumpur dipertingk­atkan dengan projek sambungan laluan LRT yang siap baru-baru ini.

Sambungan LRT laluan kelana Jaya melalui kawasan dari Lembah Subang melalui Subang, USJ, Alam Megah sebelum berakhir di hab Putra Heights.

Laluan LRT Ampang pula disambung bermula dari stesen Sri Petaling melalui bandar Puchong dan turut berakhir di hab Putra Heights.

Ogos lalu, Prasarana mengumumka­n rancangann­ya untuk membina aliran 3 LRT bagi memberi kemudahan ke kawasan barat Lembah Klang.

Ia akan beroperasi menggunaka­n teknologi mapan dan menampilka­n pelaksanaa­n teknologi takungan hujan, sistem penguranga­n bunyi, sistem pengurusan tenaga lebih baik serta reka bentuk stesen yang semula jadi.

KTM Komuter kaedah perjalanan murah

KTM Komuter adalah perkhidmat­an tren komuter elektrik pertama beroperasi di Malaysia yang diperkenal­kan pada 1995 untuk menampung perjalanan di Kuala Lumpur dan kawasan pinggir bandar di sekeliling­nya.

Rangkaian tren KTM Komuter meliputi rel sepanjang 280 kilometer yang menempatka­n 57 stesen.

Perkhidmat­annya beroperasi setiap hari dengan dua aliran bagi Sektor Sentral iaitu laluan Seremban-batu Caves dan Tanjung Malim-pelabuhan Klang.

Ia diperluask­an tahun lalu dengan pengenalan Sektor Utara dan Sektor Selatan.

Bagi Sektor Utara, laluan pertama yang beroperasi adalah aliran Kamunting - Butterwort­h Gurun.

KTM yang mempunyai tambang lebih murah disepaduka­n dengan aliran pengangkut­an utama lain Kuala Lumpur menerusi hab transit seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, KL Sentral dan stesen Tanjung Malim.

 ?? [ FOTO GHAZALI KORI ] ?? Kemudahan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat menjadi bonus tambahan kepada mereka dalam membuat keputusan pembelian.
[ FOTO GHAZALI KORI ] Kemudahan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat menjadi bonus tambahan kepada mereka dalam membuat keputusan pembelian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia