Berita Harian

Pembanguna­n bercampur Marina Point dapat sambutan hangat

-

Sanichi Technology Bhd berjaya menjual separuh daripada projek pembanguna­n sulungnya, Marina Point di Klebang, Melaka sebelum dilancarka­n Sabtu lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Jacky Pang, berkata anak syarikat milik penuh, Sanichi Prop memeterai perjanjian kerjasama dengan beberapa agensi hartanah terkemuka seperti CBD Properties dan Chester.

Katanya, agensi berkenaan kemudian mempromosi­kan projek kepada pelanggan dan pelabur dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan China pada pelancaran rasmi berkenaan, memandangk­an Melaka adalah salah satu destinasi pelaburan pilihan pelabur asing.

“Kedua-dua agensi dianugerah­kan ‘Agensi Tahun Ini’ dalam beberapa tahun dan kategori berlainan disebabkan pengalaman serta kepakaran selama berdekad dalam industri hartanah selain rangkaian meluas di seluruh negara mahu pun luar negara.

“Mereka juga mempunyai perjanjian pembrokera­n bersama dengan agensi hartanah luar negara untuk mengukuhka­n capaian pemasaran, strategi dan juga kecekapan,” katanya.

Beliau berkata, projek Marina Point dijangka akan habis dijual dengan adanya sokongan 2,000 profesiona­l, ejen hartanah terlatih di dalam dan luar negara.

Pegangan bebas

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi tetamu istimewa pada majlis pelancaran rasmi Marina Point.

Marina Point di Klebang adalah pembanguna­n bercampur pegangan bebas pertama yang terletak kira-kira tujuh minit dari Bandar Hilir di pinggir Bandar Melaka.

Menjanjika­n gaya hidup mewah dan selesa, Marina Point menawarkan pelbagai jenis rumah yang mempunyai ciri-ciri versatil.

Ia direka bentuk untuk menampung gaya hidup moden generasi hari ini. Marina Point menawarkan pembeli pelbagai kemudahan.

Bagi menjamin tahap keselamata­n penduduk, Marina Point dilengkapi sistem keselamata­n sehingga tiga lapisan.

Antara kemudahan rekreasiny­a termasuk kolam renang, kolam kanak-kanak, sauna, spa, gimnasium, bilik mesyuarat dan acara, kafe teres serta taman atas bumbung.

Dari segi lokasi, Melaka sebagai pusat pelanconga­n bersejarah popular negara ini sudah menarik sejumlah pelancong yang besar sejak beberapa tahun ini.

Hari ini, Melaka menggabung­kan warisan sejarahnya yang kaya dengan perancanga­n perbandara­n masa hadapan.

Dengan ruang pertumbuha­n besar memandangk­an negeri itu hanya terletak dua jam dari Kuala Lumpur, Melaka menawarkan potensi bagi pembinaan lebih banyak pusat beli-belah, cawangan runcit dan hartanah kediaman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia