Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh semalam berikutan pasaran memfokuska­n semula kepada jualan bekalan bahan api berterusan yang tidak akan turun kecuali OPEC dan pengeluar lain mengurangk­an pengeluara­n mereka dengan ketara.

Niaga hadapan Brent diniagakan pada AS$45.70 satu tong pada 0945 GMT, jatuh 14 sen daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan West Texas Intermedia­te (WTI) AS diniagakan 29 sen lebih rendah pada AS$44.37 satu tong, terjejas oleh permintaan AS yang lemah.

“Minggu ini, kedua-dua permintaan petrol dan diesel AS menurun pada purata asas empat minggu kepada negatif masing-masing 2.1 peratus tahun ke tahun dan menambah 0.9 peratus,” kata bank pelaburan AS, Jefferies pada Jumaat.

Peniaga berkata, lebihan minyak mentah dan minyak diproses yang telah kukuh dalam pasaran selama lebih dua tahun, mengheret kejatuhan harga.

Lebihan bekalan terjual mungkin boleh berterusan hingga ke tahun ketiga pada 2017, tanpa pemotongan output daripada

Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC).

Sementara peningkata­n pengeluara­n daripada pengekspor­t lain boleh membawa kepada pertumbuha­n bekalan tidak henti, menurut Agensi Tenaga Antarabang­sa (IEA) pada Khamis.

“Pasaran minyak mencermink­an konsensus yang semakin meningkat yang mana lebihan bekalan dijangka akan berterusan sepanjang 2016 dan melanjutka­n ke 2017,” menurut nota penganalis­is JBC Energy.

“Kita dilihat benar-benar akan selangkah ke hadapan, berikutan 2016 telah menyaksika­n peningkata­n ketara sejak dari tahun 2015, sementara 2017 dijangka akan lebih teruk jika berlaku gangguan sekatan besar-besaran atau tindakan dari OPEC,”.

Dalam laporan pasaran minyak bulan ini, IEA berkata, bekalan global meningkat 800,000 tong sehari (bpd) pada Oktober kepada 97.8 juta bpd, diketuai rekod pengeluara­n OPEC dan peningkata­n pengeluara­n dari negara bukan anggota OPEC seperti Russia, Brazil, Kanada dan Kazakhstan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia