Berita Harian

FBM KLCI susut 18.55 mata

Pengambila­n untung, prestasi bursa serantau heret turun pasaran

-

279, manakala 274 kaunter tidak berubah, 524 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.98 bilion saham bernilai RM2.80 bilion daripada 1.63 bilion saham bernilai RM2.08 bilion pada Khamis.

Pada peringkat rantau, Hang Seng Hong Kong susut 1.05 peratus kepada 22,599.44 mata, Straits Times Singapura kurang 0.41 peratus kepada 2,822.59 dan Kospi Korea Selatan turun 0.91 peratus kepada 1,984.43.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia mengumumka­n ekonomi Malaysia berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga 2016, melebihi jangkaan 4 peratus, berbanding 4 peratus dicatatkan suku sebelum itu.

Pelabur berhati-hati

Ketua Penyelidik­an, Inter-pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata walaupun pertumbuha­n ekonomi suku ketiga adalah lebih baik, dipacu terutama perbelanja­an domestik dan eksport bersih, namun ia tidak melonjakka­n pasaran ekuiti tempatan disebabkan kelemahan ringgit yang kini pada 4.3683.

Beliau berkata, kebanyakan pelabur masih berhati-hati menjelang dasar baharu presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang dijangka menyebabka­n inflasi dan menaikkan kadar faedah AS.

Bagi pasaran tempatan, antara saham aktif Borneo Oil susut satu sen kepada 16 sen, RGB kurang setengah sen kepada 23 sen, Airasia X turun dua sen kepada 42 sen, CIMB merosot 13 sen kepada RM4.84 dan Top Glove menokok 24 sen kepada RM5.24.

Saham wajaran tinggi pula, Maybank turun 16 sen kepada RM7.80, TNB susut lapan sen kepada RM14.20, Public Bank merosot 14 sen kepada RM19.64, Petronas Chemicals turun lima sen kepada RM6.81 dan Sime Darby kurang empat sen kepada RM8.20.

Petgas susut 14 sen kepada RM21.70 dan Axiata turun 13 sen kepada RM4.58.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas merosot 128.57 mata kepada 11,504.25, Indeks FBMT100 turun 127.97 mata kepada 11,214.96 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 91.89 mata kepada 12,103.91.

FBM 70 turun 154.77 mata pada 13,350.15 dan FBM Ace susut 18.24 mata kepada 4,964.59.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan kurang 17.67 mata kepada 3,109.48, Indeks Kewangan turun 197.91 mata kepada 14,283.13 bagaimanap­un Indeks Perladanga­n meningkat 26.13 mata kepada 7,760.02.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.28 bilion unit bernilai RM2.70 bilion daripada 1.11 bilion unit bernilai RM1.99 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 260.74 juta saham bernilai RM31.71 juta daripada 246.34 juta saham bernilai RM39.07 juta.

Waran melonjak kepada 440.82 juta unit bernilai RM72.21 juta daripada 272.95 juta unit bernilai RM58.87 juta kelmarin.

Barangan pengguna menyumbang 67.16 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (253.48 juta), pembinaan (88.42 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (559.00 juta), teknologi (31.36 juta), infrastruk­tur (19.11 juta), SPAC (36.58 juta), kewangan (78.47 juta), hotel (99,400), hartanah (79.63 juta), perladanga­n (39.44 juta), perlombong­an (20,600), REIT (27.79 juta) dan dana tertutup (14,600).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia