Berita Harian

Kebimbanga­n kadar faedah AS dorong jualan besar-besaran

-

dengan penyebaran spekulasi menyaksika­n indeks utama Eropah seperti FTSE Britain dan Jerman DAX, meningkat 0.1 kepada 0.4 peratus.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun jatuh 1.4 peratus berikutan kadar hasil bon AS terus melonjak berikutan pandangan mengatakan rancangan perbelanja­an Trump akan menaikkan inflasi, yang memungkink­an mencetuska­n kenaikan kadar lebih agresif oleh Rizab Persekutua­n.

Pasaran baharu muncul menanggung beban jualan, dengan indeks pasaran baharu muncul MSCI jatuh 1.5 peratus kepada paras terendahny­a sejak Julai, dengan Indonesia dan Malaysia mencecah paras paling sukar di Asia.

Rupiah jatuh 2.5 peratus

Saham Indonesia merosot tiga peratus sementara mata wang rupiah jatuh lebih daripada 2.5 peratus kepada paras rendah empat setengah bulan sebelum ia stabil selepas campur tangan bank pusat Indonesia.

Ringgit Malaysia juga turut jatuh kepada satu peratus kepada paras terendah sembilan setengah bulan.

Nikkei Jepun menongkah arus, meningkat lebih daripada satu peratus kepada enam setengah bulan tinggi, yen lemah berbanding dolar yang lebih kukuh.

Di Wall Street, Indeks S&P 500 meningkat 0.2 peratus manakala purata industri Dow Jones menokok 1.2 peratus, mengatasi rekod tertinggi pada Ogos sebelum ini iaitu hampir satu peratus.

Sebaliknya, teknologi berat Nasdaq jatuh 0.8 peratus, dengan Apple jatuh 2.8 peratus, berikutan kebimbanga­n dasar imigresen Trump boleh menghalang Lembah Silikon daripada menarik peluang baharu dari seluruh dunia seperti yang berlaku pada masa ini.

“Tumpuan pasaran kini beralih kepada dasar Trump selepas tindak balas risiko yang awal. Pasaran mengandaik­an mungkin untuk melindungi ekonomi domestik AS, terutama ekonomi lama,” kata Koichi Yoshikawa, pengarah eksekutif pasaran kewangan di Standard Chartered Bank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia