Berita Harian

Tidak cari cinta

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Bagaikanma­war berduri yang cantik dipandang mata, namun tidak mudah untuk didekati. Begitu perlambang­an untuk menggambar­kan diri penyanyi yang terus melakar populariti selepas membintang­i drama rantaian, Abang Bomba Iloveyou , Amira Othman, 23.

Seperti bait lirik lagu popularnya, Hati-hati dan terbaharu, Jaga Jaga, begitu juga ekspresi Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman terhadap cinta. Biarpun sudah menjengah usia 23 tahun, gadis kelahiran Johor Bahru itu begitu berhati-hati menerima lamaran cinta.

Pernah hubungan baiknya dengan Azhar daripada duo Azhael diperkatak­an, namun bagi Amira, ia tidak lebih sekadar ‘cinta monyet’. Mereka mula rapat ketika bersama mengharung­i onak duri dalam program realiti, Akademi Fantasia (AF 2013). Selepas lebih setahun saling mengenali, hubungan itu tidak dapat diteruskan.

“Saya tidak anggap kami menjalin hubungan serius. Mungkin kerana masih terlalu muda, saya sifatkan ia sebagai ‘cinta monyet’.

Hubungan dengan Azhar

Kami mula akrab ketika menyertai AF2013, namun hubungan menjadi semakinrap­atselepas program itu berakhir.

“Ramai tidak tahu kami pernah menjalin hubungan kerana kami tidak terlalu terbuka memperkata­kannya. Antara kami juga tidak pernah mengungkap kata cinta. Kami cuba berkawan.

“Selepas setahun saling mengenali, kami terpaksa akur kami bukan pasangan sesuai. Azhar sibuk, manakala saya pula bergelut dengan kuliah. Kami akhirnya membuat keputusan membawa haluan masing-masing tahun lalu. Tidak pernah tercetus persengket­aan, sebaliknya kami putus atas persetujua­n bersama.

“Kami masih berkawan baik. Sesekali kami berhubung untuk bertanya khabar, saya lebih selesa meneruskan hubungan sebagai sahabat. Saya akui diri agak kuat cemburu, jadi lelaki berstatus selebriti bukan pilihan tepat,” katanya.

Jarang berkomunik­asi

Pemenang tempat ketiga AF 2013 itu berkata, hubunganny­a dengan Azhar mulai renggang selepas jarang berkomunik­asi.

“Kami pernah terputus hubungan seketika disebabkan Azhar terlalu sibuk. Kami jarang berkomunik­asi menyebabka­n hubungan semakin renggang dan tidak dapat diteruskan untuk fasa seterusnya.

“Saya fikir lebih baik kami menumpukan perhatian kepada kerjaya. Ketika itu, saya masih merangkak mencari arah dalam industri hiburan manakala Azhar sudah dikenali. Saya bersyukur mengenali Azhar kerana dia bukan lelaki pendendam. Sepanjang mengenalin­ya, saya selesa dengan kebaikan dan kematangan­nya.

“Banyak suka duka yang kami pernah kongsi bersama. Dia sangat menghormat­i orang lain, cuma kami ditakdirka­n tiada jodoh. Mungkin ketika ini Azhar sudah bertemu gadis lain yang lebih baik,” katanya.

Anakkedua daripada enam adik-beradik itu mengimpika­n lelaki yang mengutamak­an keluarga jika ditakdirka­n bertemu jodoh.

“Saya akui tiada masa berdating dengan lelaki, jauh sekali mencari cinta. Jika tiada kerja, saya selalunya pulang bertemu keluarga di Johor Bahru. Tidak senang duduk dibuatnya jika tidak dapatmenat­apwajahibu bapa dan adik-beradik,” katanya yang mengacara program

selama dua tahun.

O

 ??  ?? Nasi Lemak Kopi
Nasi Lemak Kopi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia