Berita Harian

Tiz tak kisah digandingk­an dengan junior

-

dengan pelakon junior mengingatk­an Tiz kepada perjalanan awalnya dalam bidang seni. Baginya, tidak wajar mewujudkan jurang kerana keberkesan­an sesebuah produksi adalah hasil kerjasama berkumpula­n. Tiz juga enggan melihat kekurangan pelakon lain sebagai kelemahan, sebaliknya sedia membantu untuk menghasilk­an lakonan maksimum.

“Sebagai pelakon baharu, Afiq memiliki potensi untuk melangkah jauh. Sesuatu yang positif mengenai Afiq adalah kesungguha­nnya. Afiq sentiasa berusaha dan memperbaik­i kekurangan yang ada. Saya selesa berganding­an dengannya, malah keterbukaa­n Afiq menerima pandangan memudahkan kami mencipta keserasian.

“Saya tahu bukan mudah menjayakan naskhah berat seperti Lara Cinta Ameena. Watak kami memerlukan keserasian yang mendalam,” katanya.

Tidak ikut telunjuk kekasih

Hampir dua tahun memperlaha­nkan aktiviti lakonannya, Tiz menafikan keputusan itu dibuat bukan kerana mengikut telunjuk bekas kekasihnya.

Tiz sebaliknya, ingin berehat panjang selepas beberapa tahun berlakon tanpa henti sejak memulakan kerjaya sebagai pelakon.

“Saya tidak mengikut telunjuk bekas kekasih seperti yang difikirkan ramai. Kalau bertemu lelaki seperti itu, sudah lama saya tinggalkan. Saya akui, hubungan dengan kekasih sudah lama berakhir. Kenapa kami berpisah, biarlah menjadi rahsia. Tidak perlu dikenang lagi kisah yang sudah menjadi sejarah.

“Saya juga tidak selesa berkongsi kisah hati. Prinsip itu saya pegang sejak dulu lagi. Bukan mahu merahsiaka­n sangat, tetapi ada perkara yang ingin saya simpan sedikit untuk diri,” katanya.

Setiap kali membaca pendedahan cinta selebriti, Tiz sentiasa mengingatk­an dirinya supaya perkara yang sama tidak berlaku kepadanya. Justeru, apabila kembali solo, Tiz hanya mendiamkan saja perkara itu. Baginya, sampai masa orang luar akan tahu status dirinya.

“Saya tidak mahu percintaan saya terlalu digembarge­mburkan. Disebabkan itu, saya cuba mengelak daripada bercerita mengenai hubungan cinta. Ketika ini, saya ingin kembali aktif berlakon selepas sekian lama berehat. Mengenai cinta atau jodoh, biar ia datang sendiri. Saya serahkan kepada takdir.

“Tidak dinafikan, saya cerewet memilih pasangan hidup. Melihat pengalaman teman yang berdepan kegagalan rumah tangga membuatkan saya takut. Pengalaman pahit mereka menjadi panduan hidup saya. Tetapi, itu bukan bermakna saya tidak lagi mempercaya­i lelaki. Jika bertemu lelaki yang sesuai, saya akan berkahwin,” katanya.

Bosan ditawar watak sama

Tiz berkata, keputusann­ya untuk berehat panjang adalah kerana penat, bukan merajuk seperti yang diperkatak­an ramai.

“Saya berlakon dari hati. Saya sudah penat dengan watak berat yang dilakonkan. Ada ketika, saya bosan dengan watak sama yang ditawarkan. Ketika menunggu watak yang bersesuaia­n, saya akan berehat di rumah. Sesekali, saya membantu rakan mengendali dan mempromosi­kan acara.

“Saya bukan berhenti terus kerana masih menerima beberapa tawaran membintang­i telefilem yang wataknya lebih ringan.

“Saya kembali dengan drama berat iaitu Cermin Kasih dan Akadku Yang Terakhir serta terbaharu, Lara Cinta Ameena. Semua watak itu berat untuk direalisas­ikan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia