Berita Harian

Tokyo ubah disiplin kerja Issey

Terap budaya Jepun hargai masa, utama kualiti ketika jalani penggambar­an dengan produksi tempatan

- Mohd Aizat Shamsuddin

Dua minggu menjalani penggambar­an di Jepun memberi pengalaman berharga kepada pelawak yang juga penyampai radio Hot FM, Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin. Budaya kerja masyarakat di sana yang begitu menghargai masa mendorong Issey untuk menerapkan elemen itu dalam produksi tempatan.

Issey berangkat ke Tokyo untuk menjalani penggambar­an tiga episod terakhir musim kedua drama komedi, Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang disiarkan menerusi TV3 dan

TV9. Ia bermula apabila Mikan yang dilakonkan pelakon Jepun, Yuumi Kato datang ke Kampung Kalut. Apabila Mikan kembali ke Jepun, penduduk Kampung Kalut yang dilakonkan Issey,

Ebby Yus, Sari Yanti dan Ropie Cecupak bergegas ke sana untuk mencari gadis itu di Tokyo.

Pelbagai adegan dan gelagat mencuit hati berlaku sepanjang mereka berada di negara Matahari Terbit itu. Bercerita pengalaman­nya menjalani penggambar­an yang diterbitka­n secara usaha sama dengan produksi, Nippon TV, Issey berkata, ia mengajarny­a erti disiplin terutama apabila membabitka­n masa.

“Umum maklum budaya kerja di Jepun begitu mementingk­an disiplin dan masa. Penggambar­an di sana agak mencabar kerana waktu siangnya lebih pendek. Masa penggambar­an yang terhad memaksa kami untuk memulakan kerja seawal jam 6 pagi.

“Ketika penggambar­an dijalankan di stesen Shinkansen atau kereta api laju, kami mempunyai masa sejam untuk menyelesai­kan keseluruha­n babak. Mungkin kami dilihat seperti mengejar masa, tetapi soal kualiti kerja tidak sesekali diabaikan,” katanya.

Hormat tetamu

Selain meneroka kota metropolit­an Tokyo termasuk melakukan penggambar­an di persimpang­an paling sibuk di Shibuya, produksi juga dibawa mengunjung­i bandar Ehime di kepulauan Shikoku yang menempatka­n ladang limau Mandarin terbesar di Jepun. Issey mengakui, turut mengagumi budaya masyarakat Jepun yang begitu menghormat­i tetamu.

“Nippon TV begitu menjaga keselesaan kami sepanjang dua minggu di sana. Ketika penggambar­an berhenti rehat, mereka akan cuba untuk mencari menu yang bersesuaia­n dengan selera kami. Sebagai membalas jasa baik mereka, kami berusaha memberikan lakonan terbaik.

“Dalam satu babak, saya dan Sari Yanti perlu membuat persembaha­n jalanan. Saya mencadangk­an kepada produksi untuk mempersemb­ahkan dikir barat dengan menggunaka­n minus one. Tidak sangka, cadangan saya itu menarik perhatian penonton yang kebetulan berada di persekitar­an lokasi penggambar­an.

“Mereka begitu teruja melihat aksi kami, malah mengakui terhibur kerana ia sesuatu yang baharu buat mereka,” katanya.

Serasi dengan produksi

Meskipun terpaksa mengejar masa, namun keserasian yang terbina sejak musim pertama JKK memudahkan mereka bekerjasam­a. Issey berkata, biarpun pembabitan­nya dalam produksi itu masih baharu, namun suasana kerja yang mesra membuatkan dirinya selesa sepanjang penggambar­an.

“Semua pelakon tidak pernah meletakkan jurang. Sama ada pelakon baharu atau lama, semua memberikan kerjasama yang baik kerana kami bergerak sebagai satu pasukan. Kejayaan siri ini bukan hasil kerja individu, sebaliknya setiap tenaga yang terbabit menyumbang peranan tersendiri.

“Beraksi di samping pelawak berpengala­man juga mengajar saya supaya lebih peka dan spontan. Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu berguna untuk saya praktikkan dalam bidang seni,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia