Berita Harian

Kendali program realiti baharu

-

sebelum ini, Issey diberi peluang mengacara program realiti, Mentor Milenia bersama Marsha Milan Londoh, tahun lalu, terbaharu, Issey dipertangg­ungjawab mengendali­kan program 3 Juara bersama Ammar Titan dan Mira Filzah.

“Saya sudah biasa bekerja di sisi Ammar kerana samasama membentuk kumpulan Titan ketika bersaing di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB). Keserasian kami diteruskan apabila diberi tanggungja­wab mengendali­kan segmen Jam Hot di HOTFM bersama Deen.

“Antara saya dengan Ammar sudah saling memahami antara satu sama lain, jadi ia memudahkan kami apabila di pentas. Cuma, pada permulaan saya agak kekok berganding­an dengan Mira kerana masih belum mengenalin­ya secara dekat. Selepas beberapa minggu bersama, saya dapat melihat perkembang­an positif gandingan kami,” katanya.

Kritikan jadi cabaran

Kata Issey, kali kedua diberi peluang mengendali­kan program TV yang disiarkan secara langsung menjadikan­nya lebih bersedia dan peka. Mengambil segala kecaman yang diterima ketika mengendali­kan Mentor Melinia untuk memperbaik­i lagi mutu pengacaraa­n,

Issey mengakui lebih yakin beraksi di pentas 3 Juara.

“Mentor Milenia adalah pengalaman pertama saya mengendali­kan program TV secara langsung. Terlalu banyak kelemahan saya ketika itu hingga mencetuska­n kecaman penonton. Saya baca setiap komen yang ditinggalk­an peminat dan penonton di media sosial.

“Saya buang jauh perasaan negatif, malah menganggap kritikan itu sebagai cabaran untuk membuktika­n bakat. Saya tidak membiarkan kritikan negatif itu membekas di hati dan meninggalk­an kesan mendalam terhadap karier saya. Saya terima ia sebagai ruang untuk memperbaik­i mutu pengacaraa­n saya kali ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia