Berita Harian

Akim & The Majistret cabar diri

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Ufatin.farhana@bh.com.my

saha yang dimulakan sejak tahun 2014 membuahkan pelbagai hasil lumayan kepada Akim & The Majistret. Perjalanan mereka sejak awal tahun ini mencatat pelbagai kejayaan membanggak­an. Bermula dengan mengunggul­i Anugerah Juara Lagu Ke30 (AJL30) menerusi lagu Potret, sekali gus memenangi Persembaha­n Terbaik, Akim & The Majistret tidak menoleh ke belakang lagi.

Potret juga memperliha­tkan keampuhan kumpulan yang dibarisi Akim, Zimie, Freddy, Gjie, Faoq, Afiez dan Wan apabila menerima dua pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke22 bagi kategori Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan Lagu Rock Terbaik, manakala album mereka Patriot bersaing dalam kategori Album Terbaik.

“Kemenangan pada AJL30 bukan kemuncak kejayaan Akim & The Majistret. Kami tidak mahu mendabik dada, sebaliknya terus berusaha keras untuk memastikan kelangsung­an kerjaya seni. Syukur usaha itu berhasil apabila kami memperoleh tiga pencalonan pada AIM22.

“Pada penganjura­n lalu, kami berpuas hati apabila Akim mengunggul­i kategori Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam

Lagu (Lelaki). Kali ini, perasaan itu berbeza apabila kami tersenarai dalam tiga kategori. Ini adalah pencapaian baharu bagi Akim & The Majistret,” kata Zimie selaku ketua kumpulan.

Tidak letak harapan tinggi

Akur prestasi terbaik Potret pada AJL30 menjadi antara faktor mereka membolosi pencalonan AIM22, namun Zimie menerima kenyataan, penjurian dua anugerah itu sangat berbeza.

Disebabkan itu, Zimie enggan meletak harapan tinggi terutama apabila mereka terpaksa berdepan saingan hebat daripada Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter. Dua nama itu disifatkan­nya memiliki karisma yang tersendiri malah sentiasa memberi kejutan yang mampu menghampak­an saingan.

“Mereka antara penyanyi yang disegani dan memiliki kemampuan yang sangat istimewa.

Setiap finalis mempunyai kekuatan tersendiri. Hanya juri yang mampu mengadili keistimewa­an itu. Tidak adil untuk kami memandang rendah kemampuan pesaing kerana kemenangan adalah sesuatu yang sukar dijangka.

“AIM22 bergantung sepenuhnya kepada juri profesiona­l. Untuk tidak membebanka­n diri, kami serahkan sepenuhnya kepada rezeki Allah SWT. Andai menjadi milik kami, pastinya kami akan berbangga,” katanya lagi.

Mahu tampil lebih baik

Kejayaan yang pernah dilakar mendesak

Akim & The Majistret untuk mencabar diri dan tampil lebih baik berbanding dahulu.

Pernah mempertaru­hkan single

seperti Mewangi,

Potret dan Obses yang mendapat sambutan memberangs­angkan, Akim & The Majistret kini bersandar kepada Lygophobia.

Diperkenal­kan kepada umum sejak Ogos lalu, lagu itu paling sukar untuk dihasilkan malah garapannya juga lebih berat dalam sejarah perjalanan kerjaya mereka.

“Kami mahu sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminat. Kami berharap single terbaharu ini akan mendapat maklum balas yang baik, sama seperti single

terdahulu,” katanya.

Lygophobia yang turut menjadi runut bunyi filem Bisik Pada Langit sedang mendaki carta muzik di stesen radio tempatan.

Rezeki tetap murah

Berkarya dalam situasi ekonomi yang mencabar turut memberi kesan kepada perjalanan seni Akim & The Majistret. Situasi itu, akui Zimie, memberikan mereka cabaran dalam mencari formula untuk terus bertahan.

“Tidak seperti tahun lalu apabila kami sering diundang menjayakan persembaha­n korporat, tahun ini suasananya sedikit berbeza. Tawaran masih ada, cuma fokus kami lebih terarah kepada persembaha­n terbuka. Alhamdulil­lah, meskipun tidak sehebat dahulu, tetapi kami tidak pernah dipinggirk­an.

“Cabaran itu menjadikan kami lebih bersemanga­t untuk berusaha dan mempertaha­nkan keutuhan Akim & The Masjitret,” katanya.

Zimie berkata,

Akim & The Majistret tetap meneruskan perancanga­n mereka untuk tampil dengan album kedua yang dijangka menjengah pasaran tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia