Berita Harian

Rahmat kekecewaan Nona

Bekas peserta AF 2013 saingi nama berpengala­man dalam kategori Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) AIM 22

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Pfatin.farhana@bh.com.my

ernah mencuba nasib dalam program realiti,

2013 namun, perjalanan Rasmawatie Mohd Thamrin, 21, atau Nona masih samar. Berbanding teman seangkatan seperti Indah Ruhaila, Aisyah Aziz, Azhael dan Amira Othman yang semakin mara menyusun langkah, kedudukan Nona masih menjadi tanda tanya.

Hanya sempat bertahan hingga minggu keempat, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu masih belum mahu mengalah. Nona mencuba nasib dengan menyertai program realiti, Rockers.

Merangkul naib juara, tuah mula menyebelah­inya apabila diberi peluang merakamkan

single ciptaan Yusry Abdul Halim, Takkan Biarkan.

Diperkenal­kan kepada umum pada Februari lalu,

Takkan Biarkan memberi sedikit sinar kepada

Nona apabila namanya membolosi senarai finalis kategori Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Anugerah Industri Muzik (AIM) 22 yang akan berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 18 Disember ini.

Kali pertama dicalonkan, Nona mengakui berita yang diterimany­a itu agak mengejutka­n terutama memikirkan perjalanan kerjayanya yang masih terumbang-ambing. Akur rezekinya tidak datang mendadak, Nona berharap pencalonan itu akan membuka mata umum terhadap bakatnya.

“Hampir setahun saya menanti untuk bakat diakui selepas menamatkan perjuangan di Rockers. Alhamdulil­lah, rezeki menyebelah­i biarpun tidak mudah untuk menggengga­m kejayaan. Pencapaian ini adalah di luar jangkaan kerana saya anggap diri belum layak berada di situ.

“Saya berterima kasih kepada label rakaman, KRU Music yang berusaha keras mengetenga­hkan bakat. Pencalonan ini menaikkan semangat saya untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

Dilimpahi rezeki

Tidak menyimpan harapan tinggi untuk menang, Nona berkata, pencalonan itu membawa rahmat apabila undangan persembaha­n mula diterimany­a.

“Saya tidak mahu berangan terlalu tinggi. Bersaing dengan nama hebat dan berpengala­man seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah serta Jaclyn Victor membuatkan saya berasa terlalu kerdil. Jujur harapan saya untuk menang agak tipis.

“Dibariskan bersama nama besar adalah pencapaian terbesar. Ia sudah memadai, malah saya begitu bersyukur kerana tidak mudah untuk berada dalam senarai lima terbaik. Saya ramalkan kejayaan akan menjadi milik Dayang. Keaslian vokalnya tiada tandingan dan saya menjadikan Dayang sebagai idola untuk menempa lebih banyak kejayaan,” katanya.

Permulaan positif itu membuatkan Nona semakin agresif memperkena­lkan bakatnya. Nona bertuah menjadi sebahagian daripada artis yang terbabit dalam siri jelajah AIM 22 yang akan mengunjung­i AEON AU2 Setiawangs­a Shopping Centre (esok), disusuli AEON MALL Klebang, Ipoh (19 November), AEON Mall Kota Bharu, Kelantan (26 November) dan AEON Mall Shah Alam (3 Disember).

Pernah pulang kampung

Nona tidak menafikan, semangatny­a pernah hilang apabila kemunculan­nya dalam 2013 gagal menyerlah.

Disebabkan citacitany­a tidak menjadi kenyataan, Nona mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya dan menyambung pengajiann­ya di sana.

“Tiga tahun saya menyepikan diri.

Ketika itu, ramai yang bertanya mengapa saya tidak meneruskan minat dengan merakamkan

Saya hanya mampu menjawab, ingin terlebih dulu fokus kepada pengajian. Diikutkan saya terlalu kecewa hingga pernah berhasrat meninggalk­an dunia nyanyian.

“Tetapi keluarga dan kawan-kawan sentiasa memberi dorongan. Mereka membuatkan saya kembali bersemanga­t untuk menyertai Rockers. Saya juga masih muda, belum masanya untuk berputus asa. Melihat langkah yang semakin positif ini, saya tidak menyesal lalui kekecewaan tiga tahun lalu,” kata Nona yang menangguhk­an seketika pengajian dalam jurusan Teknologi Maklumat di Kolej Yayasan Sabah untuk mempromosi­kan

pertamanya. Dalam kategori Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam

Lagu (Wanita) AIM 22, Nona yang dicalonkan menerusi single,

Takkan Biarkan bakal berdepan saingan daripada Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Datuk Siti Nurhaliza dan Najwa Mahiadin.

Siri Jelajah AIM 22 membawa finalis AIM 22 bertemu peminat, bermula di cawangan AEON Mall, Tebrau

City Shopping Centre, Johor Bahru pada 5 November lalu, disusuli AEON AU2 Setiawangs­a Shopping Centre (13 November), AEON

MALL Klebang, Ipoh

(19 November), AEON Mall Kota Bharu, Kelantan (26 November) dan AEON Mall Shah Alam (3 Disember).

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini menyertai program realiti, Akademi Fantasia 2013 ketika berusia 18 tahun. Nona yang mula menyanyi sejak usia 9 tahun pernah menyertai Rockers dan dinobatkan pemenang tempat kedua.

 ??  ?? single. single AF
single. single AF
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia