Berita Harian

Penyanyi larikan diri selepas berhutang?

-

rapat dengannya untuk kepentinga­n diri. Dakwanya lagi, komposer itu sanggup memperdaya dirinya dan bos di tempatnya bekerja.

“Kini, dia menghilang­kan diri bersama duit dan kereta yang digunakan untuk menipu. Jadi, berhatihat­ilah dengan orang yang bernama ...... ” dakwanya.

Kesal dianiaya

Lelaki itu yang Raja hubungi mengakui, tidak berniat memalukan penyanyi itu dalam laman sosial, tetapi kesal dengan komposer yang dikenali sejak dua tahun itu apabila menganiaya dirinya.

“Sudahlah berhutang, rumah sewanya di Subang pun saya yang tolong bayar sejak dua tahun lalu. Apa yang membuatkan saya geram dan malu apabila dia menipu bos saya pula.

“Mulanya minta tolong sebab keretanya nak kena tarik selepas tiga bulan tidak bayar, bos saya hulur RM15,000.

“Selepas itu, cakap nak jual kereta pula. Apabila bos saya setuju sambung bayar, memperbaik­i segala kerosakan, mencantikk­an kereta dan hulur lagi duit, lain pula berlaku. Berpuluh ribu sudah lebur.

“Bila tengok kereta sudah cantik, dia minta pinjam. Katanya nak tunjuk pada bos tempat lamanya bekerja, tetapi dia terkantoi apabila tersalah hantar lokasi ke dalam grup Whatsapp.

Sudah lama bersabar

“Saya sudah lama bersabar. Dia menipu bos saya tetapi saya pula yang terpaksa menjawab dan bertanggun­gjawab. Hingga hari ini, penyanyi itu tidak membayar satu sen pun hutangnya, malah kereta juga dibawa lari.

“Dia marah saya mendedahka­n cerita ini di laman sosial dan mengugut menghantar orang memukul saya, tetapi berani kerana benar.

“Banyak lagi rahsia kepincanga­n hidupnya dalam kocek saya. Isterinya juga ada menghubung­i saya, tetapi saya tidak pernah cerita betapa teruk kelakuan suaminya yang kaki enjoy. Saya hanya mahu dia memulangka­n duit saya dan bos, itu saja,” katanya.

Apa pun, bagi Raja, selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tidaklah kawankawan memalukan dengan cara begini di laman sosial. Kasihan isteri dan anak-anak, malu mereka!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia