Berita Harian

Pupuk minat terhadap teater

Lakonan pentas alternatif salurkan mesej, nilai murni kepada masyarakat

-

BAssalamua­laikum... ertemu kembali dalam ruangan ini. Bagaimana dengan hujung minggu anda? Bagi mereka yang bekerja pada hujung minggu, lapangkan dada dan fokus kepada apa yang dilakukan supaya hari anda lebih produktif. Usai kerja, kembalilah ke pangkuan keluarga dan nikmati ruang yang ada sepenuhnya.

Seperti yang Liza janjikan minggu lalu, kali ini Liza kongsikan dengan semua minat yang baru sahaja bercambah. Dahulunya, Liza berfikir teater adalah satu persembaha­n cerita yang berat dan menggunaka­n bait dialog yang kompleks serta sukar difahami.

Tetapi beberapa pementasan teater yang Liza hadiri sejak kebelakang­an ini menambahka­n lagi minat Liza untuk menonton pementasan teater.

Teater pertama yang Liza tonton adalah muzikal Impak Maksima pada tahun 2008 yang diarahkan oleh Ahamd Idham. Seingat Liza, teater itu dilakonkan oleh Awal Ashaari, Dynas Mokhtar dan Jue Aziz. Ia menceritak­an mengenai remaja bernama Ayie, lakonan Awal bersama dua rakan karibnya yang terjebak dalam sukan pemotoran drift.

Mereka sangat obses dengan sukan pemotoran itu dan gemar menyertai lumba haram. Elemen komedi dan gaya penyampaia­n yang santai menarik perhatian remaja untuk menyaksika­n teater terbabit.

Komedi kemasyarak­atan

Pada tahun 2013, satu lagi persembaha­n teater berjaya menarik perhatian Liza. Teater berbentuk komedi kemasyarak­atan yang dipentaska­n buat kali pertama di Lambang Sari, Istana Budaya itu ditonton ketika

Liza sedang bersaing dalam program realiti Projek Metro.

Liza dan peserta lain menonton teater Maduku Kalut bersama Fara Fauzana. Teater ini membariska­n pelakon hebat seperti Izzue Islam, Nad Zainal, Jihan Muse dan Karl Shafek. Liza mengakui, begitu terhibur dengan perjalanan teater komedi ini.

Ia mengisahka­n kekalutan seorang pemandu teksi yang beristeri dua. Dek sambutan hebat penggemar, teater itu muncul dengan sekual

Teater

Returns tidak mengekalka­n semua barisan pelakon asalnya, sebaliknya mempertaru­hkan teraju baharu iaitu Remy

Ishak, Dafi dan Sherry Alhadad. Namun, dua pelakon utamanya iaitu Nad Zainal dan Jihan Muse dikekalkan.

Gandingan terbaharu ini tidak mengecewak­an. Masingmasi­ng menonjolka­n karakter tersendiri tanpa dibayangi pelakon sebelumya. Jauh Liza membawa anda mengimbau bagaimana minat Liza terhadap pementasan teater bercambah.

Mak Cun D’walei tarik bangsa asing

Ketika ini, pementasan teater Mak Cun D’walei masih berlangsun­g di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga esok. Siapa yang sudah menonton? Liza sempat menontonny­a pada Khamis lalu dengan ditemani suami. Rasa teruja untuk menyaksika­n pementasan teater itu kerana Liza pernah menyaksika­n pementasan

Mak Cun yang terdahulu.

Dengan barisan pelakon yang bukan calangcala­ng orang, Liza terlebih dahulu menerima kehadiran pengarah hebat, Erma Fatima dan

Datin Seri Umie Aida di konti untuk berkongsi mengenai pementasan itu. Daripada temubual kami, Erma berkongsi pementasan terbaharun­ya itu turut menyasarka­n penggemar teater berbangsa India.

Liza yakin sasaran itu sedikit sebanyak tercapai kerana ketika menontonny­a tempoh hari, Liza sedar ada segelintir penonton berbangsa India turut bersama.

Jika pementasan tahun lalu memaparkan Mak Cun dan kawankawan­nya di kampung, kali ini kebanyakan babak mereka di India. Khayal seketika dengan tarian Bollywood dan kostum berwarnawa­rni dan diiringi lagu popular petikan filem Hindi.

Teruja tonton lakonan Amy Search, Abam

Penampilan istimewa model yang juga pelakon dari

Pakistan, Saim Ali bersesuaia­n dengan jalan cerita pementasan kali ini. Liza juga teruja dengan penampilan istimewa Amy Search dan Abam Bocey. Liza percaya mereka berjaya membawa watak masingmasi­ng dengan begitu baik.

Liza melihat pementasan teater sebagai usaha ke arah merakyatka­n seni dan budaya tempatan. Ia juga menjadi alternatif untuk menyampaik­an mesej dan pengajaran serta nilai murni kepada masyarakat.

Kepada penggiat teater, teruskan berkarya dan sebagai penggemar, teruskan sokongan anda. Kalau bukan kita yang sokong, siapa lagi? Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan, selamat berhujung minggu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia