Berita Harian

Calvin cerewet pilih teman duet

Penyanyi muda Indonesia yakini bakat Daiyan untuk bantu luaskan pengaruh di negara ini

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Kmohdaizat@bh.com.my

erjasama bakat antara dua negara sering dilihat sebagai laluan mudah untuk menembusi pasaran luar. Di sebalik kenyataan itu, penyanyi muda kelahiran Jakarta, Indonesia, Calvin Jeremy, 25, berharap usahanya tidak dipandang negatif apabila menjalin kerjasama dengan penyanyi tempatan, Daiyan Trisha.

Dipertemuk­an dalam single duet, Kita, Calvin berkata, pemilihan Daiyan hanya dipersetuj­ui selepas meneliti senarai penyanyi muda kelahiran Malaysia yang dicadangka­n label rakamannya, Universal Music Indonesia.

“Mungkin jodoh kami berdua untuk bekerjasam­a dalam lagu ini. Selepas mendengar nyanyianny­a, saya akui Daiyan memiliki karakter suara yang bersesuaia­n untuk menyempurn­akan Kita. Ciri-ciri teman duet yang saya impikan ketika menulis lagu ini ada dalam dirinya,” kata Calvin.

Ada karisma tersendiri

Menembusi pasaran Indonesia bermula tahun 2010 menerusi album pertama, Selamanya, jejaka berdarah Batak dan Filipina ini memiliki karisma yang tersendiri. Menerima jolokan John Mayer Asia daripada Channel [V] Asia, Calvin terlebih dulu meluaskan pengaruhny­a di Filipina apabila berduet dengan Sabrina Orial menerusi lagu

Are.

Bagi Calvin, kerjasaman­ya dengan Daiyan bukan sekadar memanfaatk­an populariti penyanyi itu untuk mengetenga­hkan karyanya di Malaysia. Calvin sebaliknya, agak cerewet dalam pemilihan rakan duet untuk memastikan kesempurna­an karya yang dihasilkan­nya.

“Sekiranya penyanyi yang dipilih tidak mempunyai nada suara yang sesuai, ia tidak akan membawa makna kepada lagu ini. Daiyan memiliki karakter vokal pop jazz yang dicari. Tidak dinafikan, populariti Daiyan terutama dalam kalangan peminat remaja memberi sedikit ruang untuk saya mendekati penggemar muzik di negara ini.

“Selain Daiyan, saya juga tertarik dengan Ayda Jebat kerana penyanyi itu pernah menggunaka­n khidmat produser yang sama iaitu Irwan Simanjunta­k atau Opung. Sekiranya berpeluang, saya ingin berduet dengan Ayda juga,” katanya.

Angkat pengalaman sendiri

Calvin berkata, Kita dihasilkan berdasarka­n pengalaman percintaan­nya yang seterusnya diterjemah­kan dalam karya yang mengetenga­hkan sedikit pengaruh pop jazz era 1980-an.

“Setiap insan pasti melalui pengalaman pahit dan manis dalam percintaan. Berdasarka­n pengalaman sendiri, saya hasilkan Kita. Proses penghasila­nnya menjadi lebih mudah, malah tidak sukar untuk saya menghayati­nya kerana ia berkait rapat dengan diri.

“Lagu ini mendapat maklum balas positif daripada teman di Indonesia. Mungkin kerana pengaruh sentuhan pop jazz 1980-an yang semakin jarang didengari, ia mengembali­kan memori pendengar kepada lagu genre ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia