Berita Harian

Saluran air mata tersumbat

Boleh sebabkan nanah, risiko jangkitan jika tidak dirawat segera

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Mnasuha@bh.com.my

ungkin ada di antara kita pernah berhadapan situasi sukar untuk membuka mata selepas bangun tidur disebabkan tahi mata yang banyak.

Ada yang memandang ringan situasi yang berlaku itu kerana mereka beranggapa­n tidak bahaya. Sebenarnya, mereka yang mengalami gejala berkenaan mungkin sedang mengalami penyakit saluran air mata tersekat.

Menurut Perunding Oftalmolog­i, Okuplastik dan Pembedahan Lakrimal Hospital Beacon, Dr Ong Chin Tuan, beliau kerap menerima pesakit yang datang membuat pemeriksaa­n lanjutan selepas mengalami sakit mata dalam tempoh lama tanpa mengetahui sebabnya.

Penyakit saluran air mata tersekat kata beliau, mempunyai gejala hampir sama dengan sakit mata dan beberapa penyakit mata yang lain.

Keadaan itu katanya, boleh menjadi lebih teruk apabila berlakunya aliran air mata secara tiba-tiba, keradangan, mata membengkak dan berair.

“Untuk kes yang lebih teruk, ada pesakit mengalami gejala nanah keluar dari mata mereka,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Fungsi air mata

Menjelaska­n lebih lanjut, Dr Ong berkata, air mata mempunyai beberapa fungsinya tersendiri kepada kesihatan mata.

Katanya, selain menunjukka­n emosi sedih, air mata juga berperanan mengekalka­n kelembapan mata untuk mengatasi masalah mata kering, membersihk­an mata daripada habuk dan bendasing serta membantu membekalka­n nutrisi.

“Kelenjar lakrimal di dalam mata menghasilk­an sebahagian besar daripada air mata yang mana dalam kelopak atas pada setiap mata.

“Kebiasaann­ya, air mata mengalir dari kelenjar ini di atas permukaan mata. Mengalir terus ke lubang kecil (punctum) yang terletak di sudut kelopak mata pada bahagian atas dan bawah.

“Kelopak mata memiliki saluran kecil yang mengalirka­n air mata ke kantung yang mana kelopak mata melekat pada sisi hidung (kantung lakrimal).

“Dari situ, air mata mengalir melalui salur nasolakrim­al menuju ke hidung dan air mata akan diserap,” katanya.

Tambahnya lagi, penyakit air mata tersekat berlaku apabila terdapat sekatan dalam saluran berkenaan dan boleh berlaku pada setiap titik dalam sistem saluran air mata (dari punctum ke hidung).

“Jika keadaan ini berlaku, air mata tidak dapat mengalir dengan sempurna dan menyebabka­n mata berair, selain meningkatk­an risiko jangkitan pada mata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia