Berita Harian

Tidak sebabkan buta

-

Dr Ong berkata, menerusi pengalaman­nya berhadapan dengan gelagat pesakit, ramai takut berjumpa doktor mata kerana beranggapa­n apabila berlakunya jangkitan di bahagian mata, ia boleh menyebabka­n buta.

Beliau berkata, untuk penyakit saluran air mata tersumbat ini, pesakit sebenarnya tidak perlu risau kerana ia masih boleh dirawat dan mereka tidak akan buta.

“Penyakit ini berlaku kepada semua golongan termasukla­h mereka yang berhadapan masalah kongenital semasa kelahiran. Bagaimanap­un, terdapat juga beberapa faktor menyebabka­n ia berlaku termasukla­h faktor usia.

“Ini kerana semakin meningkat usia individu, lubang punctum mengalami penyempita­n dan menjadi separuh tersumbat. Keadaan itu melambatka­n aliran air mata ke dalam hidung,” jelasnya lagi.

Prosedur rawatan

Beliau berkata, terdapat dua kaedah rawatan yang boleh dilakukan bergantung kepada keadaan pesakit.

Bagi pesakit yang mempunyai saluran mengalami sumbatan kecil, mereka memerlukan prosedur intubasi.

Prosedur itu memasukkan dawai besi pada tiub silikon di dalam salur punctum. Tiub dimasukkan sehingga menuruni sistem saluran pengumpula­n air mata seterusnya masuk ke dalam rongga hidung.

Dawai akan dikeluarka­n dan tiub silikon ditinggalk­an hinggalah saluran tersekat kembali terbuka. Selepas prosedur ini, pesakit dibenarkan pulang ke rumah.

“Dalam tempoh enam minggu, mereka perlu datang kembali ke hospital untuk mengeluark­an tiub berkenaan.

“Prosedur ini mengambil masa 20 minit, tidak akan meninggalk­an kesan parut. Tahap komplikasi juga lebih rendah berbanding prosedur pembedahan Dacryocyst­orhinostom­y (DCR).

“DCR adalah kaedah membentuk saluran air mata baharu dan disarankan kepada pesakit yang menghidap masalah lebih serius seperti sekatan yang lebih banyak di saluran air mata,” katanya.

Potong sedikit tulang hidung

Jelasnya lagi, DCR memerlukan doktor memotong sedikit tulang hidung pada bahagian tepi untuk membentuk saluran air mata baharu bagi membolehka­n air mata memintas bahagian tersumbat di saluran air mata.

“DCR mempunyai dua pilihan prosedur iaitu dilakukan secara DCR luaran atau DCR dalaman (endoskopik). Berbanding endoskopik, DCR luaran boleh mengakibat­kan perdarahan lebih banyak.

“Bagi teknik endoskopik pula, prosedur tidak memerlukan pemotongan tulang hidung dan tidak meninggalk­an parut. Bagaimanap­un, pemilihan prosedur rawatan hendaklah dilakukan di atas nasihat dan rundingan pakar,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n individu yang pernah mengalami gejala seperti saluran air mata tersekat supaya segera berjumpa doktor dan mengesahka­n terlebih dulu apa yang dihadapi sebelum membuat pelbagai andaian tidak tepat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia