Berita Harian

Semangat Mazidul kuat

Bangkit pulihkan diri selepas terlantar koma

-

kisah bagaimana kehidupan Mazidul berubah secara mendadak selepas diserang penyakit berkenaan.

Dia ditemui pada majlis My Stroke Story anjuran Persatuan Strok Kebangsaan (Nasam) di Kuala Lumpur.

Sebulan koma

Bercerita mengenai pengalaman­nya, Mazidul berkata, beliau diserang strok secara tiba-tiba pada bulan Jun tahun 2014.

“Sebagai seorang wartawan jenayah, saya sangat sibuk ,malah kadangkala tidak tidur kerana menyelesai­kan tugasan selain menghidap penyakit kencing manis.

Pada suatu pagi semasa saya sedang mengolah skrip, saya cuba hendak bangun tetapi tidak boleh.

“Kedua-dua belah kaki seakan menjadi lembik dan saya tidak boleh bangun. Saya menelefon isteri, Khairul Fazlin Kamarudin dan minta bantuan jiran untuk datang melihat keadaan saya,” katanya.

Mazidul mempunyai sedikit kekangan untuk bertutur dengan sempurna tetapi keadaan itu tidak menghalang bapa kepada dua orang anak itu untuk terus bercerita mengenai kehidupann­ya.

Menurut isterinya, selepas diserang angin ahmar, Mazidul koma dan ditempatka­n di dalam Unit Rawatan Rapi

(ICU) selama sebulan.

“Dia juga tidak boleh bertutur selama setahun dan kami hanya berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat. Doktor memaklumka­n ada saluran darah tersumbat dan menjadi penyebab beliau mendapat serangan angin ahmar,” katanya.

Ubah gaya hidup sepenuhnya

Bercerita lebih lanjut, Fazlin berkata, sebagai seorang isteri, beliau sangat terperanja­t apabila dikhabarka­n mengenai penyakit suaminya.

“Saya memang tidak tahu apa-apa mengenai penyakit berkenaan. Saya tidak tahu apa yang perlu dilalui oleh pesakit angin ahmar. Apabila suami sakit, keadaan itu benar-benar mengubah gaya hidup kami 360 darjah.

“Anak-anak kami juga amat sedih terhadap apa yang berlaku kepada ayah mereka. Ini kerana semasa dia sihat, dia sangat aktif bekerja dan bukannya yang jenis duduk diam.

“Malah jika dia demam dan tidak sihat sekalipun, dia akan gagahkan juga diri pergi bekerja. Tetapi kini, dia perlu dibantu dalam semua perkara termasukla­h suapkan makan dan mandi,” katanya.

Bagaimanap­un, Fazlin bersyukur kerana keadaan Mazidul semakin menunjukka­n perkembang­an positif kini berbanding sebelum ini yang hanya terlantar di atas katil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia