Berita Harian

Sarapankek­alkan kecergasan anak

Bekalkan tenaga, bantu tingkat tumpuan di sekolah

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Inasuha@bh.com.my

bu bapa yang mempunyai anak bersekolah pasti mempunyai perasaan bimbang mengenai aktiviti dilakukan anak mereka. Antara kebimbanga­n sering diutarakan adalah adakah mereka bertenaga untuk meneruskan hari dengan sihat dan cergas.

Memahami kebimbanga­n yang berlaku, pengeluar minuman berkhasiat jenama MILO membantu mendedahka­n kepentinga­n tenaga terhadap kanak-kanak untuk meningkatk­an mutu pembelajar­an mereka di sekolah.

Menurut kajian terkini Mybreakfas­t Study, mendapati kanak-kanak yang mengambil minuman malt lebih aktif dalam aktiviti fizikal.

Mybreakfas­t Study dalah kajian pertama di negara ini yang mengkaji tabiat sarapan terkini membabitka­n seramai 8,705 murid.

Penuhi nutrien harian

Kajian menunjukka­n sebahagian besar pengguna yang mengamalka­n pengambila­n minuman berkhasiat didapati lebih cenderung memenuhi keperluan nutrien yang disarankan.

Mengulas mengenai kajian berkenaan, Penyelidik dan Ketua Pusat Pengajian Siswazah Fakulti Sukan, Sains dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Mahendran Appukutty, berkata satu daripada tiga murid didapati mempunyai tahap fizikal aktiviti yang rendah terutama mereka yang tidak mengambil sarapan.

Beliau berkata, penting untuk kanak-kanak mendapat nutrisi yang betul pada jangka masa ditetapkan untuk meningkatk­an prestasi ketika di sekolah.

“Ini akan memberikan mereka tenaga secukupnya dan membantu meningkatk­an kecergasan mental. Faktor ini membantu memberi tumpuan penuh serta kekal bertenaga di dalam kelas,” katanya ketika sesi perbincang­an isu berkaitan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program disertai ibu bapa dan guru serta

Pakar Pemakanan Kanan Nestle (Malaysia) Bhd,

Nurul Iliani Ahmad.

Bawa bekalan ke sekolah

Sementara itu, Nurul Iliani berkata, penyelesai­an mudah kepada kebimbanga­n mengenai khasiat diperoleh kanak-kanak diselesaik­an dengan memastikan mereka membawa bekalan makanan ke sekolah.

“Dengan adanya bekalan makanan, ibu bapa akan tenang kerana anak mereka tidak lapar atau kehausan sepanjang tempoh di sekolah.

“Selain itu, bekal makanan berkhasiat yang disiapkan juga mempunyai unsur kasih sayang seorang ibu kepada anak.

“Kini ramai ibu menyedari usaha menyediaka­n bekalan makanan ke sekolah membantu membuat pilihan makanan yang baik di luar rumah dan secara tidak langsung mengukuhka­n tabiat pemakanan yang sihat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia