Berita Harian

Tingkat pengetahua­n penyakit bawaan haiwan

Fakulti Perubatan Veterinar UPM anjur program kesedaran di sekolah

- Oleh Halina Mohd Noor

halina_mdnoor@ bh.com.my

Tahap kesedaran mengenai penyakit zoonotik atau penyakit bawaan haiwan masih rendah dalam kalangan masyarakat hingga menyebabka­n risiko mudah diserang penyakit seperti kencing tikus dan keracunan makanan.

Bagi meningkatk­an kesedaran umum khususnya pelajar peringkat rendah dan menengah, Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalanka­n program Kesedaran Penyakit Zoonotik di sekolah sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Program berkenaan dianjurkan menerusi geran anugerah daripada Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu Bagi Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik (UNESCO) kepada Pensyarah

Kanan Biokimia Veterinar, Dr Mohd Mokrish Md Ajat pada Mac 2016.

Pengetahua­n mengenai penyakit

Beliau berkata, kajian bertujuan meningkatk­an kesedaran dan mendidik kanak-kanak dan pelajar mengenai apakah penyakit zoonotik dan kaedah terbaik mencegahny­a.

Pada masa ini katanya, terdapat banyak kes membabitka­n penyakit zoonotik misalnya di Kedah, ada pelajar dijangkiti penyakit kencing tikus selepas pulang berkelah di kawasan peranginan.

“Program berkenaan terbahagi kepada dua fasa berbentuk informatif dan interaktif. Fasa pertama membawa pelajar memahami peranan doktor veterinar, apakah penyakit zoonotik, perbezaan bakteria, virus serta parasit.

“Fasa kedua pula, pelajar dibawa ke UPM Edu Park dan ladang ternakan seawal pagi untuk melihat bagaimana proses mengambil susu lembu,” katanya.

Tingkat penjagaan kesihatan

Dr Mohd Mokrish berkata, pelajar dididik mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan makanan disediakan termasuk akan ditanya sama ada selamat untuk meminum terus susu yang baharu diperah atau memilih susu yang di dalam kotak atau dipasteur.

Beliau berkata, pelajar dididik menjaga kebersihan termasuk membersihk­an diri selepas menyentuh haiwan peliharaan seperti kucing dan kebersihan kawasan sekitar.

“Ini kerana penyakit zoonotik seperti kencing tikus sebenarnya berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan seperti membuang sisa makanan di merata tempat.

“Pada penghujung program, kajian diteruskan untuk melihat sama ada pelajar memahami apakah penyakit zoonotik dan sejauh mana kefahaman mereka mengenai risiko serangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia