Berita Harian

‘Kaum Cina perlu terus bersama BN’

Langkah jamin keseimbang­an wakil komuniti dalam pentadbira­n kerajaan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Ahmad Suhael Adnan

Datuk Seri Najib Razak mahu komuniti Cina terus bersama dan menyokong kepemimpin­an Barisan Nasional (BN) bagi menjamin keseimbang­an wakil kaum itu dalam pentadbira­n kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN memerlukan sokongan komuniti Cina yang menjadi kaum kedua terbesar di negara ini untuk mentadbir negara secara seimbang bersama pemimpin kaum lain.

“Sehubungan itu, saya yang juga Pengerusi BN merayu kepada komuniti Cina supaya terus bergerak bersama BN. Komuniti Cina perlu bertindak balas secara positif terhadap segala usaha dilakukan kerajaan BN bagi menjamin kesejahter­aan rakyat dan kemajuan negara.

“Tetapi tuan-tuan kena tolong saya. Tidak sepatutnya anda minta macam-macam daripada BN tetapi apabila tiba waktu pilihan raya sokong DAP pula. Ia tidak boleh begitu,” katanya ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung MCA Ke63 di Wisma MCA, semalam.

Najib berkata, sebagai negara berbilang kaum, kerajaan BN memerlukan sokongan komuniti Cina bagi membolehka­n kerajaan ditadbir dengan adil berdasarka­n penyertaan pemimpin tertinggi komuniti dalam kerajaan.

“Takkan kaum Cina yang menjadi kaum kedua terbesar tiada wakil (dalam kerajaan). Sistem (pentadbira­n) kita berasas bilangan kerusi. Jika kurang, kuranglah (kedudukan) dalam kerajaan.

“Kita tidak boleh melihat dalam kerajaan, penyertaan kaum Cina tidak seimbang dengan bilangan orang Cina di Malaysia,” katanya.

Pakatan politik hipokrasi

Sementara itu, katanya, rakyat tidak boleh meletakkan masa depan negara kepada pakatan politik yang tidak memiliki elemen kejujuran atau mempercaya­i antara satu sama lain.

Katanya, kerjasama UMNO dan MCA selama 64 tahun sejak tahun 1952 adalah simbol kerjasama tulen antara dua parti politik yang pernah wujud di negara ini.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerjasama politik dalam kalangan pembangkan­g khasnya yang terkini antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP yang hanya satu gambaran pakatan politik hipokrasi.

“Anda sangka kerjasama pembangkan­g itu tulen? Anda fikir (Lim) Kit Siang (Penasihat DAP) suka (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) (Pengerusi PBPM)? Anda fikir Mahathir suka Kit Siang?

“Mahathir pernah kata Kit Siang rasis, anti-melayu dan anti-islam. Kit Siang pula kata Mahathir diktator, kroni dan macam-macam lagi.

“Pada saya ini politik hipokrasi tahap tertinggi. Mana boleh kita percaya kepada pakatan politik berdasarka­n hipokrasi.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung MCA Ke-63 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung MCA Ke-63 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia