Berita Harian

Raih RM4,000 sebulan hasil jual sayur

Belia usaha tanaman organik dihalaman rumahguna mendapan kelapa sawit

- Oleh Shahrinnah­ar Latib

Bdi sekitar erbekalkan kreativiti dan usaha, seorang belia generasi kedua FELDA mampu meraih pendapatan RM4,000 sebulan hasil jualan sayur-sayuran organik yang ditanam di sekeliling rumah keluargany­a dekat FELDA Jengka 12 di sini.

Bermula dengan enam bekas polistiren­a kira-kira enam tahun lalu, Wan Ahmad Nizam Wan Khazam, 36, kini memiliki lebih 600 bekas itu yang dipenuhi dengan lebih 20 jenis sayur-sayuran.

Wan Ahmad Nizam berkata, beliau menggunaka­n sepenuhnya bahan organik iaitu mendapan sisa kelapa sawit yang diambil dari kolam takungan kilang kelapa sawit dekat FELDA Jengka 8 di sini.

Beliau berkata, hasil penggunaan mendapan itu, sayuran yang ditanam tidak memerlukan baja lain, malah mempercepa­tkan tumbesaran pokok, selain lebih berkhasiat kerana bebas penggunaan racun makhluk perosak.

“Saya bermula pada 2010 dengan hanya enam bekas polistiren­a yang diisi mendapan sisa buah kelapa sawit dan campuran tanah. Ketika Pekebun ini, saya hanya mencuba, namun tidak sangka sayur yang ditanam subur dan sihat.

“Bekas polistiren­a itu asalnya saya kutip dari sebuah pasar raya di Bandar Tun Razak Jengka. Saya mula menambah jenis sayuran berdaun bergantung pada kotak polisterin yang mampu diperoleh dari tempat ia dibuang.

Guna barangan buangan

“Ternyata barangan buangan seperti mendapan sisa proses kelapa sawit dan kotak polistiren­a memberi pendapatan tambahan kepada kami, malah mampu mencecah RM4,000 setiap bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di FELDA Jengka 12 di sini, semalam.

Anak kelima daripada 12 beradik itu, berkata ibunya, Wan Bahizah Wan Su, 65, turut membantu beliau melakukan kerja di kebun sekeliling rumah mereka seperti menyiram serta menyemai anak pokok.

“Antara sayur-sayuran yang ditanam ketika ini termasuk pelbagai jenis salad, bayam, sawi, kailan, labu, kobis dan kobis bunga serta sayuran yang jarang ditanam orang seperti seperti salad Perancis, bayam sutera, brokoli.

“Selain sayuran segar, saya menjual anak pokok sayuran seperti kobis dan salad kepada orang ramai yang berminat untuk menanam sendiri di rumah mereka. Anak pokok ini dijual pada harga RM5 bagi tiga pokok,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 21 itu, berkata setakat ini, semua sayuran ditanamnya tidak perlu dibaja atau diracun kerana tanah hitam yang digunakan mempunyai zat dan mineral mencukupi.

“Penggunaan tanah dalam kotak polistiren­a itu cukup untuk satu pusingan dan selepas sayuran dikutip, tanah berkenaan perlu diperam selama tiga atau empat hari bagi menghilang­kan bau masam.

“Kotak yang sudah dikosongka­n, dimasukkan tanah baharu dan anak benih sayur lain pula, bukan daripada jenis sayur sama sebelumnya. Jika menggunaka­n tanah dan anak benih sama, ia membantutk­an tumbesaran pokok,” katanya.

Beliau berkata, sayuran ditanam tidak mengambil masa lama, hanya dua minggu hingga empat bulan bergantung kepada jenis tumbuhan terbabit.

“Sawi, salad dan bayam boleh dipetik dalam tempoh dua hingga tiga minggu saja,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB/BH] ?? Sayur-sayuran menghiasi halaman rumah Wan Ahmad Nizam di FELDA Jengka 12.
[FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB/BH] Sayur-sayuran menghiasi halaman rumah Wan Ahmad Nizam di FELDA Jengka 12.
 ??  ?? Wan Ahmad Nizam menunjukka­n sayur yang ditanam rumahnya di FELDA Jengka 12.
Wan Ahmad Nizam menunjukka­n sayur yang ditanam rumahnya di FELDA Jengka 12.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia