Berita Harian

MCA gesa kerajaan segera iktiraf UEC

Masyarakat Cina mahu lebih banyak peluang memasuki UA, sektor awam

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Ahmad Suhael Adnan

MCA menggesa kerajaan supaya mempercepa­tkan proses mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) sekolah Cina bagi kemasukan universiti awam (UA).

Presidenny­a, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata masyarakat Cina berharap UEC diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pemegang sijil itu memasuki UA dan sektor awam.

“Jasa Perdana Menteri dikenang apabila meminda akta ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1996, yang membolehka­n UEC diterima secara umum di semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Pada tahun 2010, Perdana Menteri mengumumka­n penerimaan UEC bagi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi tahun berikutnya.

“Kini hanya tinggal UA dan memandangk­an kerja rundingan sudah bermula, saya harap proses mengiktira­f UEC dapat dipercepat­kan,” katanya pada Perhimpuna­n Agung MCA Ke-63 di sini, semalam.

Perhimpuna­n itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Terdahulu, Tiong Lai menegaskan MCA mahu sistem pendidikan pelbagai aliran, khususnya kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dipertahan­kan, selain menambah kelulusan penubuhan SJKC baharu.

Jaminan pengundi Cina

Sementara itu, pada sidang media, Tiong Lai berkata MCA memberi jaminan pengundi Cina tidak akan terpengaru­h dengan DAP yang bersikap hipokrit dan yakin mereka akan kembali mengundi parti itu pada pilihan raya akan datang.

“DAP adalah parti hipokrit, tidak ikhlas. Mereka mendapat sokongan komuniti Cina, tetapi tidak pernah membantu mereka.

“Apabila komuniti Cina bangkitkan masalah, mereka (DAP) kata tidak mewakili Cina, parti berbilang kaum. Mereka hanyalah parti yang menggunaka­n retorik untuk meraih undi.

“MCA pula adalah parti yang benar-benar mengenali dan ikhlas membantu komuniti Cina. Kerana itu kami perlukan mandat daripada rakyat untuk terus membantu,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Perwakilan bersorak ketika mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpuna­n Agung Tahunan MCA Ke-63 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Perwakilan bersorak ketika mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpuna­n Agung Tahunan MCA Ke-63 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia