Berita Harian

Pakai lencana ‘Bebas Anwar’ bukti bekas PM tiada pendirian

Tindakan Dr Mahathir nyatakan sokongan terbuka cetus persoalan

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memakai lencana ‘Bebas Anwar’ ketika hadir Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor kelmarin, menunjukka­n bekas Perdana Menteri itu tidak lagi mengutamak­an pendirian dipegangny­a selama hampir 20 tahun.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menyifatka­n sikap bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menunjukka­n sokongan tanpa berselindu­ng kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga musuh tradisinya dalam politik, sebagai pelik.

Sanggup ketepi pendirian

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata tindakan Dr Mahathir yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), membuktika­n beliau sanggup mengenepik­an pendirian yang dipegang selama puluhan tahun disebabkan tidak bersetuju dengan kepemimpin­an UMNO dan kerajaan hari ini.

“Ini menunjukka­n matlamat beliau menghalalk­an semuanya, termasuk bergabung dengan musuh tradisi seolah-olah tiada pendirian dalam politik,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Fit Masjid peringkat kebangsaan di Masjid At-taqwa, Paroi, di sini semalam.

Kelmarin, Dr Mahathir dilihat menyemat pada bajunya lencana menyokong pembebasan Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden UMNO yang dipecatnya pada 1998 atas dakwaan ‘tidak bermoral’.

Terdahulu pada 5 September lalu, Dr Mahathir bertemu dan bersalaman dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hadir untuk memfailkan tuntutan mencabar Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Sokongan terbuka

Ketika Dr Mahathir menerajui negara, UMNO dan BN, Anwar, 69, turut disingkirk­an daripada jawatan Menteri Kewangan dan keahlian parti pada 1998 sebelum dipenjara pada 1999 selepas didapati bersalah oleh mahkamah atas pertuduhan meliwat dan campur tangan dalam siasatan polis. Ketua Pemuda UMNO

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Khairy Jamaluddin menyertai acara Fit Masjid Seremban, semalam. Peringkat Kebangsaan 2016 di Masjid At-taqwa, Paroi,
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Khairy Jamaluddin menyertai acara Fit Masjid Seremban, semalam. Peringkat Kebangsaan 2016 di Masjid At-taqwa, Paroi,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia